Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jakim Akan Keluar Senarai...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengeluarkan senarai pengimport daging...

Liberalisasi Lanjut Insurans Kenderaan...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) melaksanakan langkah liberalisasi tarif insurans motor...

7 Individu Terbabit Kumpulan...

KUALA LUMPUR - Seramai tujuh individu termasuk dua warga Filipina terbabit dengan kegiatan...

Arab Saudi, Uae Mahu...

WASHINGTON - Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo, ‘mengesahkan’ bahawa Arab Saudi dan...

Budak Pandu Trak Hantar Barang Rempuh SUV

SEORANG kanak-kanak berusia tiga tahun dirakam sebuah kamera litar tertutup (CCTV) menyelinap masuk ke dalam sebuah kenderaan penghantar barang dan merempuh sebuah kereta di hadapannya.

Rakaman berdurasi 20 saat itu dikhabarkan berlaku di Linquan, wilayah Shandong, China.

Kanak-Kanak Pandu Kenderaan Penghantar Barang Rempuh SUV

Menurut sebuah laman berita antarabangsa, kenderaan berwarna kuning itu pada mulanya dilihat berhenti di tepi jalan, berhampiran dengan kanak-kanak terbabit.

Sebaik sahaja pemandunya keluar menghantar barang, kanak-kanak itu dilihat terus masuk ke dalam kenderaan berkenaan dan menghidupkan enjinnya dan meluncur laju sebelum merempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) yang diletakkan di depannya.

Bagaimanapun budak itu kemudian dilihat keluar dari kenderaan berkenaan tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Kanak-Kanak Pandu Kenderaan Penghantar Barang Rempuh SUV

Kanak-Kanak Pandu Kenderaan Penghantar Barang Rempuh SUV


Video berkenaan menjadi perbualan hangat netizen tempatan menerusi laman 163.com yang menyatakan budak itu terlalu nakal.

“Cepatnya budak itu bertindak! Memang berbakat!” kata seorang pengguna.

Bagaimanapun, seorang lagi berkata: “Ibu bapanya cuai membiarkannya begitu saja.”

Tambah seorang lagi: ” Oh! Budak yang sangat nakal.” – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori