Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

2 Beregu Campuran Negara...

KUALA LUMPUR - Dua beregu campuran negara mengalami nasib berbeza di suku akhir...

Achey Berahsia Dengan Isteri...

SESIAPA yang ingin melakukan kejutan kepada insan tersayang, perancangan yang dilakukan pasti mengambil...

Air Pasang Besar: Penduduk...

KLANG - Penduduk di Kampung Tok Muda, Kapar di sini, rata-rata sudah bersedia...

Jom Cuba Resipi Rambutan...

JIKA dulu mangga asam boi menjadi kegilaan dalam kalangan netizen, yang terbaharu buah...

Bukan Serpihan Gelas Tapi Bahan Plastik – McDonalds

McDonalds Malaysia menafikan dakwaan minuman ‘ice blended‘ yang diminun seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun hingga cedera di Ipoh, Perak  mengandungi bahan serpihan kaca baru-baru ini.

Dalam kenyataan McDonalds Malaysia hari ini menjelaskan benda asing yang ditemui dalam minuman itu adalah bahan plastik keras daripada penutup pengisar McCafe.

“Insiden ini amat dikesali dan kami sedia maklum yang terdapat kesilapan dalam pelaksanaan prosedur operasi standard di restoran tersebut.

“Kami juga telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi memastikan kejadian sebegini tidak berulang lagi,” katanya.

BACA INI: Aduan Pengguna: Serpihan Kaca Dalam Ice Blended McD?

Susulan insiden itu, mangsa, Nur Jannahtul Sazali dihantar ke hospital untuk menerima rawatan dan kini dilaporkan beransur pulih.

Pengurusan McDonalds Malaysia turut berkomunikasi dengan mangsa melalui ahli keluarga bagi memantau keadaannya.


“Kami ingin menegaskan yang keselamatan dan kesejahteraan pelanggan adalah keutamaan kami dan kami tidak akan berkompromi atas nilai-nilai kami, dan akan terus mengukuhkan kesemua prosedur operasi standard di restoran-restoran kami,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, Nur Jannahtul cedera dibahagian tekak selepas menikmati minuman ice blended di restoran makanan segera itu.

Insiden tersebut dimuat naik abang mangsa di laman Twitter hingga mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen.-MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori