Seorang pemuda telah membunuh diri secara tragis selepas hanya beberapa minggu memuatnaik gambar di Facebook bagi meningkatkan kesedaran ramai mengenai penyakit mental dan bunuh diri.
Reece Rebetzke, 23, dari Mackay, Queensland, memuat gambar dirinya sedang tersenyum pada 22 Ogos lalu sebagai sebahagian daripada kempen mencegah bunuh diri melalui media sosial.
“Pembunuh terbesar bagi lelaki di bawah usia 45 tahun adalah membunuh diri. Pada 2014, 4623 lelaki mengambil nyawa sendiri. Iaitu 12 orang setiap hari. Seorang bagi setiap 2 jam. Mari kita tunjukkan kepada dunia bahawa ia #itsokaytotalk (berbincang),Ć¢ā¬ā¢Ć¢ā¬ā¢ demikian tulis Reece.
Namun beberapa minggu selepas itu Reece membunuh diri di rumahnya dan mayatnya ditemui oleh kekasihnya, Vanessa Shelley.
Dalam pada itu, ibu saudaranya, Stacey Heath berkata, pada hari kejadian, dia menerima panggilan pada pukul 11 malam yang menyatakan bahawa Reece telah tiada.
Jelasnya tiada yang lebih meruntun hati apabila menyaksikan ibu bapa Reece dalam kesedihan.
“Saya menyaksikan ibu bapa dan datuk nenek Reece teresak-esak menangis mengenangkan darah daging mereka itu tidak bangun lagi. Reece sayangkan kekasihnya dan begitu mengagumi gadis berkenaan,Ć¢ā¬ā¢Ć¢ā¬ā¢ kata Stacey.
Menurutnya, kekasih Reece yang menghubungi 911 dan melakukan CPR ke atas pemuda berkenaan namun gagal menyelamatkannya. -ĆĀ MYNEWSHUB.CC