LELAKIÂ ini, Loyd Dejohn, 48, memang seorang yang kejam dan tidak berhati perut.
Dia telah membunuh isterinya, Kimberley dan kemudian membawa masuk kekasihnya yang juga sepupunya yang berusia 25 tahun, Anjelica Gonzales ke rumah mereka di Michigan.
Malah ketika kedua-duanya melakukan seks, mayat Kimberley masih disembunyikan di bawah katil.
Ketika perbicaraan di mahkamah, hakim diberitahu bahawa Lyod telah mencekik, menikam dan memukul Kimberley hingga mati dan kemudian menyembunyikan mayat wanita itu di rumah mereka.
Pada masa sama kakak Kimberley telah membuat laporan polis mengenai kehilangan adiknya.
Menurut pendakwaraya, Lyod sebelum ini telah menyuarakan hasrat untuk membunuh isterinya dan pernah memberitahu rakan sekerjanya bahawa mayat isterinya akan diberikan kepada anjing untuk dimakan.
Dalam pada itu, Anjelica ketika memberikan keterangan di mahkamah berkata, ketika dia bertanya kepada Lyod di manakah isterinya berada, lelaki itu memberitahu bahawa Kimberley tidak akan kembali ke rumah itu lagi.
Pasangan kekasih itu kemudiannya melakukan seks beberapa kali dalam masa dua minggu ketika mayat Kimberley berada di rumah terbabit.
Lyod hanya memindahkan mayat Kimberley selepas Anjelica mengadu mengenai bau busuk umpama daging reput.
Mayat Kimberley ditanam berhampiran rumah neneknya dan ia hanya ditemui tidak lama kemudian selepas polis mendapat maklumat.
Perbicaraan kes bunuh itu bersambung. – MYNEWSHUB.CC