NICKY Butt menyatakan bahawa bekas pasukannya, Manchester United, kini sedang berusaha keras untuk mencari pemain bintang terbaik yang boleh mencapai tahap yang sama seperti Cristiano Ronaldo.
Ronaldo telah menjadi legenda kelab dalam enam tahun kariernya di Old Trafford. Pada musim panas ini, United cuba mencipta sesuatu yang ajaib akan kehadiran pemain bintang di skuad itu, dengan membawa nama-nama besar seperti Henrikh Mkhitaryan, Zlatan Ibrahimovic, dan Paul Pogba.
Namun demikian, mereka juga berusaha keras mencari bakat-bakat baru yang muncul dari berbagai belahan dunia.
“Pengambilan pemain adalah sesuatu yang besar melibatkan negara yang tidak kami amati, namun dalam beberapa tahun, anda mungkin akan mempunyai satu atau dua skuad di setiap negara.
“Namun dengan keadaan sekarang mungkin akan ada lima atau enam kelab yang inginkan seorang pemain muda berbakat,” katanya.
“Anda perlu berada di posisi yang tepat jika menantikan kemunculan Ronaldo baru atau Rashford baru. Ia boleh jadi jika ia berdekatan dengan kita, atau di Buenos Aires, atau di mana-mana di dunia.
“Anda harus bersedia. Jika anda mempunyai ramai kenalan di seluruh dunia yang boleh mencari mereka, maka anda adalah di posisi yang benar.” – MYNEWSHUB.CC