Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

NATO: Sweden Dakwa Terima...

STOCKHOLM : Sweden mendakwa Amerika Syarikat (AS) memberi jaminan untuk menyokong negara itu...

Piala AFF: Sasar 3...

SHAH ALAM – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan tiga penerbangan sewa khas...

Ne-Yo Kahwini Kekasih Sarat...

PENYANYI yang terkenal dengan lagu Miss Independent, Ne-Yo akhirnya mengahwini kekasihnya, penyanyi R&B,...

Polis Rampas Ganja 1.5kg...

KUCHING - Polis merampas dadah jenis ganja seberat 1,505.79 gram bernilai RM26,656 dan...

Chef Ismail Dipilih Wakili Malaysia Di Food Week Korea

KUALA LUMPUR – Chef selebriti, Datuk Ismail Ahmad atau dikenali sebagai Chef Ismail bakal mewakili negara dalam ‘Food Week Korea’ di Seoul, Korea Selatan, pada November ini bagi mempromosikan makanan tradisi Malaysia di sana.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Rashidi Hasbullah berkata pemilihan itu bertepatan dengan status Chef Ismail sebagai Duta Pelancongan (Makanan) di negara ini sejak tahun lepas.

“Kami yakin dengan kemahiran dan pengalaman beliau (Chef Ismail) dalam bidang masakan yang tentunya dapat menaikkan imej hidangan tempatan pelbagai kaum di negara kita kepada negara-negara ASEAN yang terlibat nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program ‘Eat. Travel. Write & Doodle’ sempena program Citrawarna@Kuala Lumpur 2016, di sini hari ini.

Food Week Korea, anjuran ASEAN Korean Centre bermula 2 hingga 5 November ini bakal menyaksikan penyertaan dari beberapa buah negara ASEAN yang akan memperkenalkan keunikan dan kehebatan makanan tempatan masing-masing di peringkat antarabangsa. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • chef

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori