Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Norman Hakim Jadi Sasa...

BOLEH dikatakan trend membina otot badan dan tampil sasa kini menjadi kegilaan ramai...

Zambri: Pakar Maklumat Geospatial...

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles RAMAI yang mengenali Mejar Dr. Mohd Zambri Mohamad Rabab...

Pencemaran Toksik: 395 Pesakit...

KUALA LUMPUR - Seramai 395 orang pesakit direkod mendapatkan rawatan setakat pukul 12...

Anak Tiri Siti Nurhaliza,...

ANAK tiri Datuk Siti Nurhaliza, Mohd Adib Datuk Seri Khalid dilantik sebagai Ketua...

Chong Wei Raih Gelaran Keenam Terbuka Jepun

KUALA LUMPUR – Jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei merangkul gelaran keenam selepas muncul juara Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Jepun, hari ini.

Pada pertembungan final di Gimnasium Metropolitan Tokyo hari ini, pemain nombor satu dunia itu bertarung selama satu jam 10 minit dalam pertandingan ‘rubber set’ sebelum berjaya menjinakkan lawannya dari Deunnmark Jan O Jorgensen 21-18, 15-21, 21-16.

Kejayaan ini merupakan kejuaraan pertama dimenangi pemain berusia 33 tahun itu selepas meraih pingat perak di temasya Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil, Ogos lepas.

Chong Wei yang diletakkan selaku pilihan pertama kejohanan, ketinggalan 11-8, bangkit mengejar Jorgensen selaku pilihan ketiga dan menamatkan set pertama dengan 21-18.

Babak kedua menyaksikan kebangkitan Jorgensen yang menghuni ranking kelima dunia apabila menang set kedua dengan 21-15, sekali gus mengheret kepada permainan ‘rubber set’.


Chong Wei kembali menemui rentak pada set penentuan dan menguasai set ketiga dengan 11-8, sebelum menamatkan aksi final dengan mengesahkan kemenangan 21-16.

Chong Wei sebelum ini pernah muncul juara Terbuka Jepun pada 2007, 2010, 2012, 2013 dan 2014. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori