Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

2 Minggu Buat Persediaan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memberikan tempoh sekurang-kurangnya dua minggu...

Sah 3 Negeri Pembangkang...

KUALA LUMPUR – Jika dengar cakap mereka seperti berdegar-degar konon mahu tolak korupsi...

Polis Siasat Sindiket Jual-Beli...

JAKARTA - Polis sedang menyiasat satu sindiket jual-beli organ manusia terutamanya buah pinggang...

Video: Lelaki Cuba Bunuh...

SEBUAH video memaparkan seorang lelaki warga emas tergantung di tingkap lapan sebuah pangsapuri...

Cristina Suzanne Nafi Dirinya Hanya Bergaul Kelompok Elit

AKTRES berwajah Pan-Asia, Cristina Suzanne Stockstill menafikan bahawa konon dirinya seorang yang hanya bergaul dengan golongan yang dikategorikan sebagai elit sahaja.

“Saya hanya insan biasa yang tidak mungkin berada dalam kelompok khas yang disebut sebagai elit. Bagi saya, perkara ini tidak benar kerana semua pelakon adalah sama saja.

“Tidak ada golongan elit atau kumpulan tertentu seperti didakwa. Kalau ada pun, saya memang tidak tahu-menahu mengenainya,” katanya kepada BH Online.

Cristina Suzanne Nafi Dirinya Hanya Bergaul Kelompok Elit

Cristina Suzanne Nafi Dirinya Hanya Bergaul Kelompok Elit

Tambah pelakon yang memiliki darah campuran Melayu-Jerman ini, dia juga akui bahawa dirinya tidak mempunyai ramai kawan sama ada dalam kalangan industri seni atau orang biasa.


“Saya lebih suka berehat dan meluangkan masa di rumah. Saya memang jarang untuk keluar atau lepak-lepak bersama kawan.

“Perkara ini memang sudah biasa sejak saya di bangku sekolah lagi. Saya memang suka sendirian dan tidak minat dengan ‘groupie’,” jelasnya.

Perkembangan kerjaya seni Pelakon Wanita Terbaik Filem, Anugerah Skrin 2013 menerusi filem KIL, dia baru sahaja habis menjalani penggambaran filem Surf This Love yang akan ditayangkan tahun hadapan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori