PENYANYI Taylor Swift yang berpisah dengan Tom Hiddleston baru-baru ini dilaporkan menunjukkan minatnya terhadap Zac Efron.
Menurut laporan majalah Touch, sejak berpisah dengan Tom, Taylor sering bercakap mengenai Zac kepada rakan-rakannya dan dia juga yakin dirinya mempunyai ikatan kuat bersama pelakon lelaki itu.
“Taylor tidak penat bercakap tentang Zac sejak dia berpisah dengan Tom.
“Dia selalu merasakan mereka mempunyai ikatan dan daya tarikan yang kuat tetapi tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka berdua sering berpasangan dengan orang lain,” kata sumber.
Tambah sumber tersebut, Taylor sudah menghubungi Zac dan mengajak lelaki itu berjumpa dengannya untuk menikmati makan malam yang romantik.
Walaupun Zac menunjukkan minat terhadap pelawaan itu, dia terpaksa menolaknya kerana jadual kerja yang padat. -MYNEWSHUB.CC