Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Tiada Menteri Agama, Adakah...

SELEPAS 12 hari berkuasa, rakyat Malaysia khasnya umat Islam tentu ada tertanya-tanya apakah...

Kereta Peronda Polis Terbabas...

BAGAN SERAI - Dua anggota polis terselamat apabila sebuah kereta peronda polis yang...

Bank Pembangunan Sarawak Mula...

KUCHING – Bank Pembangunan Sarawak (DBOS), milik kerajaan negeri Sarawak dengan modal berbayar...

AirAsia Mulakan Penerbangan Di...

KUALA LUMPUR - AirAsia Bhd akan memulakan penerbangan tiga kali seminggu antara Kuala...

Daging Manusia Ditemui Dalam Daging McDonald’s? Apa Ini?

MENDENGARKAN tajuk artikel ini sahaja sudah membuatkan kami merasa loya, apatah lagi ia merupakan satu dakwaan yang sangat tidak masuk akal.

Namun bagi seorang netizen ini, dia dilihat begitu ‘bersungguh’ apabila berkongsikan pautan dari sebuah laman sesawang yang dipercayai berasal dari Indonesia.

Ir. Nizam mendakwa, kononnya daging manusia dari tanah Palestin digunakan sebagai bahan campuran untuk membuat daging Mcdonald’s.

“Alangkah bodohnya orang Melayu beragama Islam yang bodoh sombong dan buta hati sudah hitam membusuk yang masih lagi membela dari makan minum di McDonald’s ciptaan yahudi zionis,” katanya.

Daging Manusia Ditemui Dalam Daging McDonald's? Apa Ini?

Status yang berbaur penuh kemarahan, provoskasi dan juga bersifat peringatan tanpa usul periksa itu sudah pasti mencetuskan keresahan dan juga kebimbangan dari kalangan masyarakat yang mudah terpengaruh.

Namun, nampaknya pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) lebih pantas bertindak apabila menaikkan satu kenyataan di laman Facebook menafikan hal tersebut.

Daging Manusia Ditemui Dalam Daging McDonald's? Apa Ini?


“Untuk makluman para pengguna sekalian, daging burger McDonald’s yang berada di pasaran Malaysia adalah buatan tempatan. Justeru, adalah mustahil perkara ini berlaku di Malaysia.

“Perlu ditegaskan bahawa McDonald’s Malaysia merupakan pemegang sijil Pengesahan Halal Malaysia,” katanya.

Kesimpulannya, sudah berkali-kali diingatkan agar tidak terlalu ‘ringan tulang’ berkongsi maklumat yang tidak sahih tanpa usul periksa.

Natijahnya sudah pasti kepada masyarakat itu sendiri, selain membantu ‘melingkupkan’ pihak yang didakwa tanpa bukti kukuh.

Sekiranya ada perkara yang anda musykilkan berhubung status halal, boleh sahaja terus ke laman sesawang www.halal.gov.my atau pun menerusi aplikasi myjakim. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori