Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Caj Air Mentah: Kedah...

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah tetap bertegas menuntut pampasan bayaran caj air...

SST: Kalau Rakyat Tahu...

SHAH ALAM - Bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan menyifatkan PH...

Ada Ke Lelaki Yang...

LELAKI zaman sekarang dah tak macam lelaki zaman dulu tau.Jika dulu mereka tak...

Samsung Galaxy Note 4...

Samsung Galaxy Note 4 yang dilancarkan ke pasaran Malaysia pada 15 Oktober lalu...

Dalang Pencemaran Loji Air Akan Diheret Ke Muka Pengadilan

BANGI – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan memastikan dalang yang menyebabkan pencemaran dan penutupan Loji Rawatan Air Semenyih diheret ke muka pengadilan.

Menterinya Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pihak berkuasa sedang giat mengesan dan mencari pihak yang “melontar batu sembunyi tangan” hingga memberi kesan kepada 1.3 juta pengguna di sekitar Lembah Klang sejak Khamis minggu lalu.

“Kita akan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan kerana menjejaskan hidup orang ramai,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Anugerah Industri Hijau, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Wan Junaidi juga menggesa orang ramai agar tidak menuding jari kepada Jabatan Alam Sekitar, kerajaan negeri Selangor atau pihak Loji Rawatan Air Semenyih berikutan pencemaran yang mengakibatkan penutupan loji air.

“Jangan hanya pandai menuding jari tetapi semua pihak harus memainkan peranan bagi memastikan perkara ini tidak berulang pada masa akan datang,” katanya.

Loji rawatan air Semenyih ditutup beberapa kali berikutan pencemaran bau. Pihak berkuasa mula mengesan pencemaran pada 22 Sept dan segera menjalankan siasatan.

Pihak berkuasa masih menyiasat punca pencemaran dan punca sebenar dijangka akan diketahui dalam tempoh seminggu lagi.


Kawasan terjejas ialah daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling.

Mengenai Anugerah Industri Hijau, Wan Junaidi berkata ia akan menjadi pendorong kepada premis dan industri lain untuk memberikan komitmen dalam mempraktikkan amalan industri hijau dan menerapkan elemen Pengeluaran Bersih (CP) dalam proses pembuatan dan penghasilan produk.

F&N Beverages Manufacturing Sdn Bhd diumumkan pemenang Anugerah Industri Hijau 2016 dan menerima wang tunai RM3,000 berserta trofi dan sijil.

Anugerah Industri Hijau juga memberi pengiktirafan kepada tiga pemenang bagi Kategori Pengurusan Alam Sekitar(F&N Beverages Manufacturing Sdn Bhd), Kategori Aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (Yong Fong Rubber Industries Sdn Bhd) dan Kategori Mengagenda Industri Hijau (Ong Chuan Hin Rice Mill Sdn Bhd).

Pemenang bagi setiap kategori itu menerima wang tunai RM1,000, trofi dan sijil. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori