SECARA sinis, DAP membangkitkan isu lawatan ke Indonesia sebagai inisiatif parti itu untuk mendalami mengenai Islam dan demokrasi.
Hujahnya mudah: DAP mahu membuktikan bahawa negara berpenduduk Islam paling ramai di dunia itu tidak menjadikan Islam sebagai agama persekutuan.
DAP mahu menggunakan hujah: Tanpa status Islam dalam Perkara 3 Perlembagaan pun, Indonesia masih menjadi negara majoriti Islam 90 peratus.
Dengan membenarkan murtad, kahwin silang agama, membenarkan pluralisme dan liberalisme, Indonesia masih gah sebagai negara Islam terbesar dunia.
Kedudukan Islam dalam Demokrasi Indonesia mahu dijadikan ukuran bagi membina hujah: Apakah perlu Islam di negara ini dijamin statusnya dalam perlembagaan?
Perlukah Islam diiktiraf sebagai Agama Persekutuan?
Sudah pasti DAP mahu berhujah: Walaupun di Indonesia yang 90 peratus penduduk beragama Islam, namun Pancasila mengiktiraf enam agama lain dalam Pancasila.
DAP mahu menghantar isyarat, dengan 52 peratus umat Islam di negara ini, relevankah Islam itu dijadikan Agama Persekutuan dalam Perkara 3 Perlembagaan?
DAP sudah ke Jakarta, mengkaji Islam. Jadi bila pula PAN nak ke Korea Utara mengkaji Komunisme?
Barangkali mengkaji: Bahaya Cauvinis ala DAP dengan ideologi sosialisme yang berasaskan DNA Komunisme?
Atau ke China? Pulang dan mempromosi liberalisasi ekonomi oleh Komunisme di Beijing berjaya menjadikan China antara kuasa besar ekonomi dunia.
Bahawa, tanpa agama rasmi, malah tanpa Tuhan pun, Komunisme mampu memakmurkan China.
PAN… Bila agaknya?