Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Tony Pua Jumpa Azmin:...

SHAH ALAM - Nampak gaya, ramai begitu teruja dan tertunggu-tunggu kemungkinan ada berita...

5 Pendatang Asing Maut...

TEXAS - Lima pendatang asing maut manakala beberapa lagi cedera selepas kenderaan yang...

Jeneral Allen Ketuai Pakatan...

WASHINGTON - Jeneral Marin Bersara, John Allen yang juga bekas komander tentera Amerika...

AP Dokumen Sementara Sah...

KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan...

DAP Tawar Kerjasama Kepada Baharom, Tosrin

KUALA LUMPUR – DAP menawarkan kerjasama dengan mana-mana bekas pemimpin UMNO kononnya bagi menyelamatkan Malaysia dari gejala kleptokrasi.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa bekas pemimpin UMNO yang bersedia bekerjasama dengan DAP adalah rakyat Malaysia yang patriotik.

“Ini adalah cabaran hebat sama ada kita sanggup mengenepikan sebarang perbezaan dan menyelamatkan Malaysia daripada kleptokrasi,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kit Siang berkata demikian berikutan tindakan Pengerusi Tetap UMNO Gelang Patah, Datuk Baharom Abdul Ghani dan Timbalan Ketua Kulai, Tosrin Jarvanti meletakkan jawatan.

Umum bagaimanapun mengetahui kedua-dua pemimpin UMNO yang meletak jawatan itu merupakan orang kanan bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang dipecat daripada UMNO kini menjadi Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang ditubuhkan dengan kerjasama Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Muhyiddin dipecat kerana mengkianati UMNO dengan berkempen untuk calon Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak dan Pilihan Raya Kecil baru-baru ini.


Muhyiddin bagaimanapun menerusi media sosial mendakwa kononnya beliau dipecat kerana menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memburuk-burukkan Najib selain bertujuan meraih simpati orang ramai.

Kit Siang dalam pada itu berkata, rakyat Malaysia perlu mengenepikan aspek agama dan kaum dalam menilai tentang isu rasuah, hak asasi dan tadbir urus.

“Hanya mereka yang tidak patriotik dan tidak menyintai Malaysia bersedia membenarkan Malaysia dilanda kleptokrasi,” dakwanya. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • DAP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori