Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sekurang-Kurang 9A+ SPM Boleh...

PUTRAJAYA - Pelajar yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia...

Ciplak Lagu, Ed Sheeran...

ENGGAN memanjangkan isunya didakwa menciplak lagu, penyanyi terkenal Ed Sheeran akhirnya mengambil jalan...

Unta Dijual RM6.8 juta...

MAHALNYA unta ni! Boleh beli dua biji banglo!Nak tersembul baca artikel ni kat...

Laksanakan Peruntukan Wasiat Raja-Raja...

KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran melaksanakan sepenuhnya semua peruntukan dalam Wasiat Raja-Raja Melayu...

Dasar Gaji Minimum Tak Mudarat Ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR – Dasar gaji minimum bukan faktor yang merosakkan ekonomi Malaysia, kata Ketua Pemuda MIC, C. Sivarraajh.

Beliau berkata polisi itu merupakan keutamaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mempunyai sistem ekonomi egalitarian bagi membolehkan perkongsian kekayaan dalam kalangan rakyat.

Beliau mengulas posting dalam blok wartawan veteran A. Kadir Jasin pada Ahad yang berkata polisi Najib seperti gaji minimum telah menyebabkan kerosakan dan kesengsaraan kepada rakyat.

“Sehingga kini tidak satu industri pun yang terjejas kerana polisi gaji minimum. Ia hanya taktik yang digunakan sektor perniagaan dan wakil masing-masing bagi menakutkan rakyat dan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sivarraajh berkata penguatkuasaan Akta Gaji Minimum memberi jutaan pekerja gaji yang adil yang mereka boleh memulangkannya semula untuk menghadapi kesukaran ekonomi.


Menyifatkan kenyataan Kadir “sebagai bodoh dan tidak konsisten dengan fakta”, beliau berkata Malaysia memerlukan polisi gaji minimum kerana secara tradisi perniagaan telah menekan gaji dan memeras pekerja.

“Majikan akan sentiasa mencari jalan untuk tidak membayar gaji lebih baik dan ini sebabnya kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang gaji minimum,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori