Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

COVID-19: Malaysia Boleh Contohi...

KUALA LUMPUR - Malaysia boleh mencontohi pengalaman negara China dalam mengawal penularan COVID-19,...

Polis Melaka Cari Mangsa...

MELAKA - Polis Melaka hari ini meminta orang ramai yang pernah menjadi mangsa...

Najib Dan Adenan Lakukan...

KUCHING - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan tinjauan mesra di...

Serangan Di Madinah, Che...

PELAKON, pengacara dan ahli perniagaan Rozita Che Wan yang sepatutnya berangkat ke Tanah...

Datin ‘Homeless’ Di Kondominium Mewah

AGAK mustahil seorang datin yang selama ini hidup bermewahan bersama suami yang kaya raya namun kononnya sekarang hidup ibarat gelandangan selepas bercerai. Namun inilah cerita-cerita yang beliau canangkan untuk meraih simpati daripada rakan-rakan dan masyarakat. Kononnya sudah lebih 10 bulan hidup ‘homeless’ bersama anak-anaknya.

Jika benar dakwaan bekas isteri ini, maka dialah manusia ‘homeless’ pertama di muka bumi ini yang tinggal di sebuah kondominium dupleks mewah di Damansara Perdana dan bergerak ke sana-sini dengan sebuah kereta Audi.

Ya, kondominium itu bukannya miliknya. Ia milik adik perempuannya dan suami. Tapi kita perlu imbas kembali kepada pendedahan-pendedahan sebelum ini. Adik iparnya itu pernah bekerja di syarikat suami namun terpaksa dibuang kerja kerana telah mengakibatkan kerugian RM500,000 kepada syarikat kerana kecuaian.

Selepas dibuang kerja, dia masih kerap meminta wang dari ahli perniagaan tersebut untuk meneruskan gaya hidupnya. Ini termasuklah untuk yuran persekolahan anak di sebuah sekolah antarabangsa, bayaran ansuran rumah dan kereta dan juga untuk perbelanjaan serta membayar hutang piutang. Pernah juga dia meminta wang untuk memperbaiki keretanya. Semuanya telah diberikan.

Kenapa bekas isteri tidak bawa dirinya dan anak-anak tinggal bersama ibunya yang hidup berseorangan? Jawapannya mudah sahaja. Kondominium tempat ibunya tinggal tidak sama taraf dengan gaya hidup bekas isteri ini. No class, bak kata orang.

Dan kenapa pula dia perlu meraih simpati dengan mengatakan dia ‘homeless’ sedangkan bekas suami sudah menawarkan sebuah banglo dan segala macam keperluan dan kemewahan lain untuknya dan anak-anak? Kesemuanya telah ditolak oleh bekas isteri.

Jadi perlukah dia mencanang meraih simpati kononnya dia sedang hidup dalam kesempitan? Itu semuanya drama belaka. Lihat sahaja gambar-gambarnya di akaun Instagram. Mewah dan bergaya sungguh kehidupan seorang ‘homeless’!


Mungkin sebuah banglo di Kuala Lumpur, dua buah kereta mewah beserta pembantu dan pemandu tidak memadai untuk bekas isteri. Bila sudah tamak, semuanya ditolak mentah-mentah. Berapa yang cukup untuknya? RM100 juta? RM300 juta?

Sebenarnya apa-apa angka pun tidak memadai jika hidup sering berboros dan membazir untuk puaskan nafsu gaya hidup. Kita perlu ingat juga, dia bukannya mahu untuk dirinya seorang, dia mahu seluruh keluarganya juga hidup dalam penuh kemewahan.

Konspirasi ini telah lama dirancang oleh seisi keluarga. Taktik meraih simpati mereka juga telah lama dirancang. Taktik melengahkan perbicaraan kes cerai ini juga telah lama dirancang. Bayangkanlah tiga peguam syariah yang bekas isteri lantik kesemuanya telah menarik diri. Mereka enggan mengambil kes ini kerana tahu ia mengarut dan mereka tidak mahu terlibat dengan sikap tamak haloba bekas isteri dan keluarga.

Rakan-rakan bekas isteri turut tahu perangai ‘Datin homeless‘ ini yang sering memburuk-burukkan suami, walaupun sewaktu mereka masih berkahwin. Jika masih bergelar isteri pun beliau sanggup memburukkan suami, apa pula yang dia sanggup lakukan setelah bergelar janda? – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori