GARY Lineker mengingatkan N’Golo Kante bahawa ia akan menghadapi cabaran yang berat di Chelsea, jika kelab itu memastikan kedatangan David Luiz ke Stamford Bridge.
The Blues tidak lama bukan membuat pergerakan dramatik dengan memulangkan kembali Luiz ke Stamford Bridge, selepas mereka bersetuju untuk membayar 34 juta pounds bersamaan RM184 juta demi mengambil kembali pemain dari PSG itu.
Luiz sendiri sebelum sempat bermain bersama Chelsea, sebelum dijual oleh Jose Mourinho ke pasukan Paris Saint pada 2014 lalu.
Menurut Lineker, ia percaya bahawa kehadiran pemain pertahanan Brazil itu akan memberikan ujian yang berat pada Kante di sesi latihan.
Sebelum perpindahan Luiz disahkan oleh kelab, Lineker sempat menulis di Twitter: “Khabar angin mengatakan bahawa Chelsea sudah menawar David Luiz bernilai 30 juta pounds bersamaan RM163 juta. Hal tersebut akan memberikan ujian yang amat berat pada anda, Kante.”
Luiz meninggalkan Chelsea dua tahun lalu dengan 50 juta pounds bersamaan RM271 juta yang termahal oleh seorang pemain pertahanan. – MYNEWSHUB.CC