KUALA LUMPUR – Keseluruhan jalan tengah di Bulatan Dato’ Onn (Jalan Parlimen-Jalan Tun Perak) ditutup sejak Ahad lalu hingga 31 Disember ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan dan pemasangan besi projek ‘Heritage Trail 5′.
Pengarah Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Khalid Zakaria berkata dalam tempoh tersebut, pemandu yang datang dari arah Jalan Parlimen menuju Jalan Tun Perak akan dilencong mengelilingi Bulatan Dato’ Onn.
“Pemandu dari arah Jalan Tun Perak menuju Jalan Parlimen juga akan dilencong mengelilingi Bulatan Dato’ Onn,” katanya dalam satu kenyataan. – BERNAMA