Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Remaja Didakwa Sebar Video...

CHRISTCHURCH - Seorang remaja berusia 18 tahun dihadapkan ke sebuah mahkamah New Zealand...

Pemandu Tersepit Lebih 4...

SHAH ALAM - Selepas lebih empat jam seorang pemandu lori tersepit apabila sebahagian...

Amri Yahyah Bukan ‘Kuda...

MELAKA - Melaka United tidak melihat Mohd Amri Yahyah sebagai 'kuda tua' sebaliknya...

APMM Labuan Rampas Bot...

LABUAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini merampas sebuah bot pukat...

Dendam Dengan Kecurangan Suami, Bunuh Anak Luar Nikah

Seorang wanita yang marah dengan kecurangan suaminya, telah menculik anak luar nikah lelaki itu sebelum membunuh budak berkenaan dan membuang mayatnya ke dalam hutan.

Kejadian mengejutkan itu berlaku di Rusia apabila kanak-kanak berusia dua tahun itu, Yana Leonenko ditinggalkan hanya beberapa minit oleh ibu saudaranya di dalam kereta sorong di satu kawasan.

Ibu saudaranya kemudian hanya menyaksikan dari jauh bagaimana wanita yang dikenali sebagai G.Sharaliyeva, melarikan kanak-kanak terbabit.

“Saya menjerit meminta tolong dan mengejar wanita itu namun saya terjatuh,Ă¢â‚¬â„¢Ă¢â‚¬â„¢ katanya sambil memberitahu tiada siapa yang membantunya ketika sedang mengejar suspek.

Menurut polis, kanak-kanak berkenaan dilarikan ke dalam hutan dan Sharaliyeva yang merupakan seorang muslim serta memakai hijab, memilih untuk membuka hijabnya pada hari kejadian.

Dia kemudiannya menghilangkan diri dengan menaiki teksi.

“Siasatan mendapati orang yang menculik dan membunuh kanak-kanak itu adalah isteri kepada bapa kandung kanak-kanak malang tersebut,Ă¢â‚¬â„¢Ă¢â‚¬â„¢ kata polis.


Menurut laporan, suami Sharaliyeva iaitu Sakhyd Sharaliyev mempunyai hubungan dengan seorang pelayan cafĂƒÂ© hingga menyebabkan pelayan itu mengandung dan melahirkan anak. Hubungan terbabit berlarutan selama tiga tahun.

“Lelaki itu tidak mahu meninggalkan isteri dan dua anak-anaknya tetapi berjanji untuk menyara anak luar nikah tersebut. Namun ia juga menyebabkan Sharaliyeva berdendam dengan suaminya kerana curang.

“Sharaliyeva datang dari Azerbaijan kira-kira empat tahun lalu dan ketika itu dia tidak tahu suaminya mempunyai perempuan simpanan hinggalah suaminya mengaku mempunyai anak,Ă¢â‚¬â„¢Ă¢â‚¬â„¢ kata laporan terbabit.

Sharaliyeva telah ditahan polis.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori