Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Muhyiddin, Anggota Pentadbiran Ikrar...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seluruh anggota pentadbiran negara...

Wanita Malaysia Antara 41...

SINGAPURA - Seorang wanita Malaysia berusia 38 tahun merupakan antara 41 kes import...

Celcom Perkenal Khidmat Kirim...

KUALA LUMPUR - Celcom Axiata Bhd kini memberi peluang kepada para pelanggannya untuk...

Timbalan Pengerusi Tetap UMNO...

SHAH ALAM - Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Seri Rizuan Abd Hamid disahkan...

Dibelasah Indonesia & Ditegur: Harap FAM Reti Bahasa

MALU besar akibat dibelasah Indonesia 3-0 baru-baru ini masih menjadi luka yang dalam pada rakyat Malaysia yang menyintai sukan bola sepak.

Kalah tanpa maruah di kota Solo dengan dua gol bodoh pada minit ketujuh dan 11, menjadikan luka kekalahan ini makin sukar disembuhkan.

Apa lagi kalah teruk pada skuad Indonesia yang baharu sahaja kembali ke pentas bola sepak antara bangsa selepas 14 bulan digantung FIFA.

Cuma bagi FAM, kalah 0-3 bukanlah perkara besar. Nasib Harimau Malaysia bagi FAM memang ditakdirkan lahir dan hadir dalam pentas bola sepak serantau untuk dibelasah.

Kalau melangkah ke tahap Asia, Malaysia ialah punching bag percuma untuk ditinju sepuas-puasnya oleh sesiapa saja. Jsuteru tanda aras kekalahan 0-10 pada Arab Saudi dalam kelayakan Piala Asia adalah kayu ukur.

Tinjulah sepuas-puasnya. Pembelasahan hanya akan jadi kes kalau kalah melebihi 10 gol!

FAM memang persatuan tanpa air muka. Kurang diajar dan dididik dengan soal maruah dan nama baik bangsa dan negara. Justeru, selama lebih 30 tahun ini, FAM adalah sumber segala aib bagi rakyat Malaysia.

Setelah dituduh terkait dengan rasuah melalui isu pen drive yang diserahkan kepada Tengku Mahkota Johor (TMJ), FAM nampak menunggu jalan keluar yang mudah.

Sekarang, setelah siasatan ditutup dan tiada kes boleh dikaitkan sebagai bukti dalam data pada pen drive tersebut, FAM umpama Firaun mengantuk disorong bantal.

Apabila Menteri Belia dan Sukan, Khairi Jamaluddin Abu Bakar mengesahkan siasatan peribadi mendapati tiada unsur rasuah, serta pihak SPRM turut mengesahkan FAM bebas rasuah berdasarkan laporan hampir 300 muka surat dalam kandungan pen drive itu, bongkak firaun dan perangai Yahudi mabuk FAM berulang lagi.


Bukan heboh nak cermin diri dalam lubang tandas, tapi heboh hendak mencari pelaku yang membekalkan laporan tersebut.

FAM kena ada akal. Isu utama bukan pen drive. Isu utama maruah bola sepak negara yang bergelumang najis. Selesaikan dulu najis pada jersi skuad kebangsaan. Itu kotoran tiga dekad yang belum berbasuh!

Tahniah kepada Khairi Jamaluddin. Ketika Firaun tidak mahu menerima teguran awam, Khairi Jamaluddin berpegang pada prinsip Nabi Musa. Katakan yang benar walaupun pahit!

Dan Khairi Jamaluddin sudah mengatakan kepada Firaun: Jangan heboh mencari tukang lapor. Jadi, apa yang kita harap, perangai Fairaun kenalah berubah.

Sukan bola sepak berkait dengan maruah 30 juta rakyat Malaysia. Bola sepak tidak wajar terus menjadi arang yang sentiasa menconteng pada muka rakyat negara ini setiap kali Harimau Malaysia beraksi.

Kita tidak boleh melakukan apa-apa pada FAM. Firaun tidak mudah dikalahkan. Hebat Firaun ada sejarahnya. Malah, sejarah Firaun sentiasa berulang. Cuma dalam kes ini, kita merasa berdepan FAM seperti mendepani Firaunlah juga.

Kepada pemain bola sepak dalam skuad kebangsaan, anda harus kembali ke padang. Lupakan FAM buat sementara. Mainlah demi negara, walaupun seluruh negara berdepan dengan Firaun di belakang anda! – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori