NEW YORK – Seorang rakyat Malaysia yang mengasaskan sebuah organisasi untuk membina kemudahan kesihatan bagi membantu masyarakat kurang bernasib baik merupakan antara 17 orang muda dicalonkan sebagai penerima Anugerah Pemimpin Muda di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Mewakili Hospital Beyond Boundaries (HBB), Dr. Mohd Lutfi Fadil Lokman, 28, telah dipiilih daripada 18,000 pencalonan daripada 186 buah negara di seluruh dunia.
Dr. Lutfi mengasaskan HBB, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memberi khidmat kesihatan di kawasan-kawasan paling memerlukan.
Wakil Setiausaha Agung Belia PBB, Ahmed Alhendawi secara rasmi telah menyerahkan 17 sijil perlantikan mereka yang diakan buat julung kalinya, di sini.

Ini adalah pengiktirafan terhadap kepimpinan dan sumbangan mereka kepada pencapaian Agenda Pembangunan Mampan 2013; untuk menamatkan kemiskinan, membanteras ketidaksamaan hak dan ketidakadilan serta menangani perubahan iklan menjelang 2030.
Menurut PBB, HBB telah dipilih bagi menggalakkan usaha-usaha untuk meningkatkan taraf hidup dalam komuniti sasaran dengan konsep Matlamat Pembangunan Mampan sebagai teras untuk menyumbang ke arah kemakmuran melindungi planet ini.
Dalam teks ucapannya menerusi profail beliau di dalam simpanan data PBB, Dr. Lutfi berkata bahawa penubuhan HBB merupakan ilham daripada satu insiden di mana beliau telah dimasukkan ke dalam hospital.
Organisasi yang ditubuhkan pada tahun 2012 olehnya bersama seorang lagi pelajar, Wan Abdul Hannan Wan Ibadullah, semasa mereka berdua masih menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia, kini komited untuk menyediakan program penjagaan kesihatan yang mudah didapati melalui klinik-klinik komuniti di Kemboja dan Malaysia. – MYNEWSHUB.CC