Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Semua Sekolah Di Selangor...

SHAH ALAM - Semua sesi persekolahan di sekolah awam dan swasta di negeri...

Video: Lelaki Mengamuk Dituduh...

PUSAT tumpuan jualan barangan elektronik terkenal, Plaza Low Yat telah digemparkan dengan satu...

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas...

PUTRAJAYA : Tiada rakyat Malaysia di Jepun yang terjejas dalam kejadian bencana gempa...

Semangat Persaudaraan Faktor Kejayaan...

SANDAKAN - Semangat persaudaraan yang tinggi di kalangan anggota parti menjadi faktor utama...

Dua Anggota Bomba Maut Tidak Sempat Program Korban

KUALA SELANGOR – Dua anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor maut selepas kenderaan yang dinaiki bersama dua anggota lain terlibat dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Bukit Melawati, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki empat anggota bomba berlanggar dengan sebuah lori tangki sebelum terbabas.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, empat anggota tersebut dalam perjalanan untuk menjemput pegawai mereka sebelum bertolak ke Balai Bomba dan Penyelamat KLIA untuk menyertai program korban.

“Kenderaan yang dinaiki anggota itu dipercayai dirempuh sebuah lori tangki yang menghala ke arah Tanjung Karang.

“Dua anggota bomba yang duduk di bahagian belakang mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, dua anggota yang maut dikenali sebagai Firdaus Mohd Nazri, 29, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tanjung Karang manakala Amir Hamzah Saharudin ketika dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh.


Sementara itu, dua anggota bomba lain yang cedera iaitu Abdul Aziz Abdullah dan Syazwan Hafifi Jamal kini menerima rawatan di Hospital Tanjung Karang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori