Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Najib Dibenar Pinda Tarikh...

KUALA LUMPUR - Tiga Mahkamah Tinggi berasingan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri...

Tentera Rancang Serangan ‘Sistematik’...

BANGKOK - Tentera Myanmar melakukan persediaan 'meluas dan sistematik' untuk memerangi etnik Muslim...

Wan Azizah Ada Hak...

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah...

Berita Marina Ada Hubungan...

GEMPAR apabila satu screen shot tersebar luas dan dikongsi ramai pengguna Internet kononnya...

Dua Banduan Yang Lolos Berjaya Ditangkap Semula

SHAH ALAM – Dua tahanan polis yang meloloskan diri dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor awal pagi tadi berjaya diberkas semula tidak lama selepas itu.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Fuad Abd Latiff berkata kedua-dua suspek yang ditahan di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas bagi kesalahan dadah didapati hilang dari lokap pada 4.15 pagi.

“Tahanan pertama ditangkap ketika cuba melarikan diri di pagar balai polis pada 4.30 pagi manakala tahanan kedua yang berumur 28 tahun ditangkap ketika sedang melarikan diri ke dalam sungai berhampiran pada 8.30 pagi.

“Kita percaya, suspek terbabit turut tinggal di kawasan berdekatan dan ingin menyembunyikan diri daripada diberkas polis,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Korban dan Akikah Peringkat IPD Shah Alam di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat. Mohd Fuad berkata pihaknya menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat perkara
itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori