PELAKON Emma Maembong menjelaskan dirinya berasa kurang selesa kerana sering dijadikan bahan usikan jenaka setiap kali menghadiri majlis yang turut dihadiri oleh bekas teman lelakinya, Zizan Razak.
“Secara jujurnya, memang lah tak selesa kan? Saya dan dia dah lama move on jadi kenapa setiap kali pergi majlis, nak membahan saya?
“Kadang-kadang tak sebut nama saya secara terus terang, tetapi orang tahu benda tersebut ditujukan kepada saya.
“Saya dah tak cakap apa-apa mengenai hubungan kami. Tapi bila dia nak buat lawak, macam dah tak ada modal lain. Kenapa masih nak bahan saya sedangkan saya tak bahan dia?
“Saya rasa macam tak sesuai dan tak elok untuk nama saya dan keluarga saya bila dia nak buat seperti itu. Saya pun ada perasaan juga,” katanya kepada BH TV.
Emma juga memberitahu bahawa buat masa ini dia dan Kamal Adli hanya bergelar kawan dan tidak mahu menglas dengan lebih lanjut tentang hubungan mereka berdua. – MYNEWSHUB.CC