Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

KKM Bersedia Jika Kerajaan...

KUALA NERUS: Kementerian Kesihatan sudah bersedia sekiranya kerajaan mengisytiharkan darurat jika keadaan gelombang...

Meriah Majlis Malam Berinai...

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon, Sharnaaz Ahmad dan pilihan hatinya, Noor Nabila yang bakal...

SPRM Reman Dua Pegawai...

KUALA LUMPUR - Dua pegawai Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG)...

4 Power Ranger Jadi...

SINGAPURA - Tular majlis perkahwinan Mohammed Ariffin Md. Mazlan dengan Siti Ruzainah Kamis...

Ezlynn Menyepi Kerana Sakit Lutut, Bukan Merajuk

PELANTUN lagu Hi Hi Bye Bye, Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 34, memberitahu kehilangannya dari industri seni selepas menyertai Gegar Vaganza tahun lalu bukan disebabkan merajuk atau terasa hati dengan mana-mana pihak.

Menurut Ezlynn, dia membuat keputusan untuk berehat seketika kerana mahu memberi sepenuh tumpuan kepada kesihatannya yang terjejas.

Tambahnya, sebelum menyertai program tersebut lagi kedua-dua lututnya sudah mengalami masalah dan dia terus mendapatkan rawatan selepas tersingkir daripada pertandingan itu.

“Bukannya saya merajuk tetapi kesihatan yang tidak mengizinkan membuatkan saya sering ke hospital. Banyak masa yang digunakan untuk berulang-alik mendapatkan rawatan.

“Saya mengalami kerosakan lutut kerana gel di bahagian lutut sudah kering dan ia menyebabkan kesakitan apabila tulang bergesel.


“Saya tersingkir pada waktu yang sangat tepat kerana ketika itu saya dalam keadaan yang sangat sakit. Selepas tersingkir, saya terus ke hospital mendapatkan rawatan,” katanya kepada mStar Online.

Jelas Ezlynn, keadaan yang dialaminya itu sering berlaku kepada orang yang berusia 50 tahun ke atas namun ia boleh menyerang golongan muda yang terlalu aktif bersukan. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori