Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Mukhriz Terima Kunjungan Hormat...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir hari...

20,000 Kunjungi Rumah Terbuka...

KOTA KINABALU - Kira-kira 20,000 orang mengunjungi majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jemaah Kabinet...

Tiada Kejadian Culik Kanak-Kanak...

KUANTAN - Dakwaan berlaku kes culik melibatkan beberapa kanak-kanak di sekitar daerah Rompin...

Mat Sabu Berjaya Kumpul...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan mendakwa telah berjaya mengumpul derma RM200,000 untuk Presiden...

Fahrin Kini Bergelar Ayah, Timang Anak Lelaki

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon Fahrin Ahmad yang kini telah bergelar sebagai bapa, kira-kira pukul 4.15 petang semalam.

Isteri Fahrin, Elena Hani Eleas, 38, selamat melahirkan bayi lelaki itu secara normal di sebuah pusat perubatan di Damansara dekat ibu negara.

Berita gembira itu dikongsi oleh Fahrin sendiri menerusi laman Instagramnya.

Selain itu, ada kisah menarik di mana kelahiran anak sulungnya yang seberat 2.7 kilogram ini jatuh sama dengan tarikh lahir isteri Fahrin.

Berikutan itu, pihak hospital sempat mengadakan kejutan hari jadi kepada isteri Fahrin.

“Alhamdulillah syukur di atas kurniaan ini lebih-lebih lagi anak sulung kami ini berkongsi tarikh lahir dengan isteri. Saya juga bersyukur apabila semuanya berjalan dengan mudah, selamat dan lancar.


“Ini satu lagi pengalaman yang berharga dan tak dapat dilupakan bagi saya sebagai suami. Tambahan pula apabila menunggu dan melihat isteri melalui proses bersalin serta berada di sisinya,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Fahrin turut mengucapkan terima kasih kepada doktor dan jururawat yang bertugas menyambut kelahiran anaknya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 9 Mei tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori