Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Menteri Somalia Maut Ditembak...

MOGADISHU - Seorang lelaki bersenjata tidak dikenali menembak mati Menteri Kerja Raya dan...

Malaysia Layak Ke Pusingan...

KUALA LUMPUR - Malaysia layak ke pusingan akhir Piala Thomas dan Piala Uber...

Enam Poliklinik Buat Veteran...

JITRA – Kementerian Pertahanan akan membina enam poliklinik khas untuk bekas anggota dan...

RM1.3 Trilion Ditipu Skim...

KUALA LUMPUR - Sekumpulan mangsa ‘permainan wang’ atau money game dari China yang...

Faradhiya Artis Terbaik Aplikasi Strim Muzik Raku

PELANTUN lagu Bertakhta Di Hati, Faradhiya mencipta sejarah peribadi apabila single terbaharunya dimainkan lebih sejuta kali menerusi sebuah aplikasi muzik.

Single Milikku Abadi dimainkan secara eksklusif menerusi aplikasi Raku sejak Julai hingga Ogos lalu, melayakkan penyanyi ini dipilih sebagai Artis Terbaik pertama aplikasi berkenaan.

Faradhiya Artis Terbaik Aplikasi Strim Muzik Raku

“Alhamdulillah, kejayaan ini cukup bermakna buat saya. Terima kasih kepada mereka yang sudi mendengar lagu Milikku Abadi,” ujarnya.

Tambah penyanyi berdarah campuran ini, single terbaharunya itu merupakan naskhah nukilan daripada Tam Spider dan Keon yang mengisahkan tentang cinta dan kasih sayang.

“Saya bagaimanapun melihat ia lebih daripada membicarakan hal terbabit. Karya ini adalah mengenai perjalanan kerjaya seni saya, daripada nyanyian dan kemudian terjun ke arena lakonan.”


Faradhiya Artis Terbaik Aplikasi Strim Muzik Raku

Meskipun nama Faradhiya lebih menonjol dalam bidang lakonan, namun semenjak menyertai program realiti Gegar Vaganza 2, bidang nyanyiannya seolah-olah mendapat perhatian rakyat Malaysia.

“Kini, nyanyian kembali berpihak kepada saya. Saya harap single ini akan dapat mengulangi kejayaan pernah dikecapi lagu Bertakhta Di Hati suatu masa dulu,” jelasnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori