Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Polis Nafi Bertindak Kasar...

JEMPOL - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan anggota pasukan itu bertindak kasar...

PRU14: DAP, PH Bimbang...

DALAM isu 1MDB, hakikatnya DAP dan pengkritik sudah kehabisan modal untuk menyerang dan...

Projek Lebuhraya Bertingkat Bangsar-Damansara...

PROJEK pembinaan Lebuhraya Bertingkat Bangsar-Damansara diteruskan berikutan komitmen yang dibuat oleh pentadbiran terdahulu.Bagaimanapun,...

Anggota Polis Tembak Mati...

NAIROBI: Seorang anggota polis berpangkat konstabel di Kenya dilaporkan menembak mati enam orang...

Fitri Zainal AF2 Sah Bergelar Suami Nurul Nadia

MESKIPUN namanya tidak segah bekas bintang-bintang Akademi Fantasia (AF) lain yang menghiasi industri hiburan tanah air, namun Fitri Zainal mencipta kejayaan tersendiri menerusi bidang fesyen.

Fitri Zainal AF2 Sah Bergelar Suami Nurul Nadia

Terbaharu, bekas peserta AF musim kedua ini dilaporkan telah menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihannya pagi tadi.

Menurut laman BH Online, Fitri, 37, berkahwin dengan Nurul Nadia Azman, 30, dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di kediaman pihak perempuan.

Manakala majlis kedua-dua belah pihak pula akan berlangsung di Kuantan, Pahang esok.

Difahamkan pasangan ini telah berkenalan hampir empat tahun dan mengikat tali pertunangan pada Ogos 2014.

Fitri yang aktif dalam bidang fesyen bertuah kerana bertemu pasangan hidup yang turut mempunyai minat yang sama.


Fitri Zainal AF2 Sah Bergelar Suami Nurul Nadia

Selain memiliki minat yang sama, mereka juga turut menuntut di universiti yang sama iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Kami berkongsi minat yang sama iaitu dunia fesyen. Ia juga menjadi pencetus kepada hubungan rapat yang terjalin antara kami,” katanya.

Pasangan ini memilih Eropah sebagai tempat bulan madu dan akan berangkat ke sana seminggu selepas nikah. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori