SEBELUM ini hangat diperkatakan mengenai penyebaran beberapa keping gambar bogel yang dipercayai menyerupai penyampai radio Hot FM, Fizie di sebuah forum gosip tempatan.
Baca:Â Musim Gambar Bogel, Kali Ini Milik Fizie Hot FM?
Hari ini, Fizie menerusi muat naik di laman sosial Instagramnya menafikan dia berbogel dan sudah pun membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.
Menulis, “Berikutan hal penyebaran gambar-gambar kurang sopan yang menyerupai saya, saya ingin menegaskan bahawa gambar-gambar tersebut tidak mempunyai kaitan terhadap saya secara langsung mahupun tidak.”
“Ingin saya maklumkan, saya telah memfailkan laporan polis serta laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada Isnin, 26 September 2016 atas sebab membersihkan nama baik serta reputasi saya sebagai penyampai radio serta maruah saya sebagai individu,” jelasnya.
Menurut Fizie lagi, sehubungan itu, dia kini menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berwajib untuk melakukan siasatan terperinci mengenai kes terbabit.
Fizie yang mengendalikan segmen Geng Pagi Hot bersama Ajak Shiro dan Haziq itu juga melahirkan ucapan terima kasihnya kepada semua pihak yang memberikan sokongan terhadapnya sejak penyebaran gambar tidak senonoh itu. – MYNEWSHUB.CC