Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PRK PD: Calon Bebas...

BERJALAN kaki lebih dua jam setiap kali berkempen, calon Bebas Pilihan Raya Kecil...

Tak Adil, Bagaimana Dengan...

KUALA LUMPUR - Bekas menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini...

Aksi ‘Pecah Perut’ Orang...

AMBOI.. sejak beberapa hari ini timeline laman Facebook dipenuhi dengan bermacam-macam gambar aksi...

Polis Tahan 3 Lagi...

SUNGAI PETANI - Polis menahan tiga lagi suspek bagi membantu siasatan berhubung kes...

Gagal Bayar Hantaran, Hidung Isteri Dipotong, Dilarikan

NEW DELHI – Seorang wanita di India cacat seumur hidup selepas suaminya memotong hidungnya kerana keluarganya tidak mampu membayar wang hantaran.

Kamlesh Rathore, 25, dari Shahjahanpur, Uttar Pradesh, berkata, suami yang dikahwini sejak lapan tahun lalu, Sanjeev Rathore, 27, mendesak bayaran 50,000 rupee (RM3,085) itu sejak hari mereka berkahwin.

“Dia mendesak saya setiap hari untuk wang itu. Saya berulang kali memberitahunya ayah saya miskin dan tidak mungkin mampu membayar jumlah itu tetapi tidak diendahkannya.

“Disebabkan itu dia sering memukul saya dan mengancam memotong hidung saya. Saya dibelasah menggunakan tali pinggang, kasut serta kayu dan selalu diseksa.

“Dia yang kaki botol menuduh saya bekas pelacur dan mengugut menjual saya. Sepanjang lapan tahun perkahwinan kami memang saya selalu didera,” katanya.

Pada 14 September lalu, dia diherdik Sanjeev ketika sedang masak.


“Tiba-tiba ibu dan bapa mentua menerpa saya dari belakang manakala suami terus mengambil pisau dan memotong hidung saya.

“Malah dia sempat berkata ‘Beginilah rupa kamu sekarang sampai bila-bila’ sebelum mereka semua melarikan diri,” katanya. – AP/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori