Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

“Cerita PBB Keluar BN...

SAH... Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, laporan mengenai Parti Pesaka Bumiputera...

Sindiket Luar Negara Dipercayai...

KUALA LUMPUR - Sindiket luar negara dipercayai turut terlibat dalam kegiatan mensabotaj Sistem...

4 Lelaki Disyaki Buang...

JOHOR BAHRU - Empat lelaki termasuk pemilik premis yang dipercayai terbabit dalam insiden...

PBB Gesa Bangladesh Terima...

DHAKA - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini menggesa Bangladesh menerima pelarian Rohingya...

Gagal PRN Selangor, LKS Main Pokemon Di Jakarta

MUNGKIN kecewa setelah cadangan buat Pilihan Raya Negeri (PRN) awal di Selangor ditolak keras Menteri Besar, Azmin Ali, otai DAP yang juga penasihat parti itu, Lim Kit Siang pergi ke Jakarta.

Anehnya, beliau ada cara ‘mengubat’ hati bimbang BN menang susulan persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika tiada PRN mengejut di Selangor, iaitu dengan cara main Pokemon Go di ibu kota Indonesia.

Apatah lagi permainan peranti tersebut barang kali boleh melupakan sejenak kontroversi keceluparan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua menggelar Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai bodoh tidak mengadakan PRN itu!

Perbuatan pelik Kit Siang ini disahkan sendiri portal berita DAP, RoketKini.com pada Rabu yang melaporkan Ahli Parlimen Gelang Patah itu bermain Pokemon Go di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta.

Lazimnya dalam permainan Pokemon Go, sebenarnya terdapat 151 jenis raksasa Pokemon yang boleh ditangkap di pelbagai tempat di seluruh dunia, namun ada antaranya memang tiada langsung di mana-mana pun di Malaysia.

Gagal PRN Selangor, LKS Main Pokemon Di Jakarta

Ini termasuk dalam jenis istimewa dan misteri. Sebaliknya ada 11 pokemon yang menjadi legenda negara Indonesia antaranya Moltres atau Anak Gunung Krakatau dan menjadi rebutan ramai pemain Pokemon Go dari serata dunia.

Montres merupakan pokemon burung api, mungkin kerana pernah terjadinya salah satu letusan gunung berapi yang paling dahsyat di dunia, maka pokemon ini disebut-sebut konon berada di bekas Gunung Krakatau, Lampung.

Turut mendapat perhatian ramai pemain Pokemon Go ialah Terrakion iaitu legenda daripada badak sumbu yang salah satunya hampir menyerupai spesies badak bersumbu satu di taman nasional Ujung Kulon, Indonasia.

Menurut sumber laman berita Indonesia, Kit Siang juga tampaknya tidak mahu ketinggalan, malah kini berada di tahap 23 dalam permainan maya realiti popular tersebut yang hanya terdapat di sekitar republik berkenaan sahaja.


Gambar di atas menunjukkan bagaimana kesungguhan Kit Siang sedang berjalan di sekitar terminal lapangan terbang Jakarta sambil menggenggam telefon pintarnya yang memaparkan antaramuka permainan Pokemon Go.

Gagal PRN Selangor, LKS Main Pokemon Di Jakarta

Foto tersebut turut dikongsi oleh Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Steven Sim menerusi laman sosial Facebook dan ramai penyokong parti itu menunjukkan reaksi gembira sambil memuji-muji pemimpin berusia 75 tahun itu.

Mereka menyifatkan Kit Siang sebagai berjiwa muda dan ketika dihubungi RoketKini.com, beliau dengan bangga berkata tidak mahu ketinggalan dalam trend semasa, dan ingin memahami kenapa permainan itu diminati.

“Ia juga sangat berguna sebagai panduan pelancong, terutama di Jogja,” ujar beliau yang berkongsi rakaman skrin telefonnya menerusi laman Facebook rasminya dengan slogan popular permainan tersebut, Gotta catch ’em all!

Kit Siang dalam rangka lawatan ke Jakarta dan Yogyakarta selama seminggu dengan tiga lagi Ahli Parlimen DAP iaitu Teresa Kok, Steven Sim dan Zairil Khir Johari bagi memahami sosiopolitik umat Islam Indonesia.

Ia lanjutan siri lawatan beliau ke rantau Timur Tengah tahun lalu. Delegasi itu bertemu tokoh intelektual tempatan antaranya termasuk Goenawan Mohamad dan Kyai Haji Yahya Staquf. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori