Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Khazanah Harap Kerajaan Gubal...

KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Bhd berharap kerajaan akan menggubal 'Akta MAS' awal...

Bersyukur, Balas Budi Terus...

KULIM - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengajak seluruh rakyat...

McDonald’s Perkenal Menu Burger...

KUALA LUMPUR - McDonald’s Malaysia memperkenalkan Burger Nasi Lemak McDonald’s sebagai salah satu...

Kerajaan China Hantar Pakar...

BEIJING – Kerajaan China menghantar beberapa pakar penerbangan dan sebuah kapal penyelamat bagi...

Gambar 2 Ulama Berbasikal, Hassan Din Tersenyum

Oleh: Muhammad Syafiq Azman

ADIK kepada Allahyarham Datuk Dr. Haron Din, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz tersenyum ketika mengimbau semula foto dua ulama berbasikal yang viral baru-baru ini.

Ketika ditemu ramah, Hassan bercerita mengenai sisi kehidupan Dr. Haron sebagai seorang abang.

Saya jangkakan akan ada air mata yang tumpah. Sedang saya sendiri agak sukar menyusun kata-kata. Sudah pasti jika ada air matanya yang gugur, ia sesuatu yang ‘mahal’ dalam visual yang kami rakamkan.

Gambar 2 Ulama Berbasikal, Hassan Din Tersenyum

Namun saya silap. Datuk Hassan tampak tenang dan tersenyum. Tidak ada sedikit pun riak wajahnya meratapi pemergian abang. Dia yakin dan pasti, abangnya berada di tempat yang lebih baik Insya’Allah.

Gambar 2 Ulama Berbasikal, Hassan Din Tersenyum

“Kami dapat berita kematiannya pada pagi itu, di sana (San Francisco) hari Khamis sudah masuk waktu Maghrib. Maksudnya sudah masuk malam Jumaat. Kata nabi, sesiapa yang meninggal dunia pada hari atau malam Jumaat, akan terlepas seksa kubur,” kata Datuk Hassan sambil mengukir senyuman.

“Lihat sahaja di Malaysia, berapa ramai yang solat jenazah ghaib dan doakan dia? Insya’Allah, dia lebih baik di sana (alam barzakh),” tambahnya lagi. Begitu tenang beliau menutur kata-kata.

Gambar 2 Ulama Berbasikal, Hassan Din Tersenyum

Pelbagai soalan saya lontarkan agar hatinya terusik dan menangis. Soalan demi soalan. Datuk Hassan terus tenang dan senyum. Saya kira, dalam hatinya pasti terselit sedikit kekesalan kerana tidak dapat melihat wajah abangnya buat kali terakhir.


Saya cuba memancing air matanya dengan usaha terakhir. Last resort. Sekeping gambar saya keluarkan dari fail. Gambar Dr. Haron membonceng Datuk Hassan dengan basikal. Saya yakin, air matanya akan tumpah apabila melihat gambar ini!

Sangkaan saya meleset sama sekali.

“Oh, ni gambar 3-4 tahun lepas. Ketika majlis Allahyarham nak bina masjid baru di Perlis. Ada 5-6 buah masjid juga dia bina. Gambar ni… larat juga dia bawa saya naik basikal. Cuma kena tukar gear rendah, maklumlah, adiknya lebih berisi,” kata beliau sambil tergelak kecil.

Gambar 2 Ulama Berbasikal, Hassan Din Tersenyum

Allah, cukup tenang beliau menerima pemergian Dr. Haron. Senyuman yang terlukis di wajahnya, gambaran tiada satu pun kedut kerisauan mengenai abangnya yang telah berpindah ke alam barzakh.

Selepas sesi itu, dalam perjalanan pulang, jurukamera yang bersama saya menegur: “Agaknya begini orang kuat iman menerima kematian.”

Saya pula yang sedih mengingatkan iman sendiri. Aduhai… – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori