Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Hina Agong: ‘Jika Dibiar...

PONTIAN: Pihak berkuasa diminta bertindak tegas terhadap individu yang memuat naik hantaran di...

Kira-Kira 99% Banduan Selesai...

KOTA KINABALU - Kira-kira 99 peratus daripada 21,189 banduan yang selesai mengikuti...

Pengawal Keselamatan Mengamuk: Pegawai...

JOHOR BAHRU - Seorang pegawai bank maut manakala seorang rakan sekerjanya cedera akibat...

Rakyat Mahu Tahu Siasatan...

APA jadi pada kes Zeti. Kenapa lambat sangat umum hasil siasatan. Secara moral...

Gangguan Air 337,000 Pengguna Pulih Sepenuhnya

KUALA LUMPUR – Bekalan air kepada 337,000 akaun pengguna yang terjejas sejak 22 Sept lalu ekoran penutupan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dijangka pulih sepenuhnya esok.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata loji yang dirawat akibat pencemaran bau air mentah itu kini pulih di tahap 97 peratus.

Namun katanya pemulihan bekalan air ke beberapa kawasan di penghujung sistem agihan air dan kawasan tinggi memerlukan lanjutan masa dan dijangka pulih sepenuhnya lewat tengah hari pada Khamis.

“Kini hanya 35,000 akaun di beberapa kawasan di daerah Petaling, Hulu Langat dan Sepang yang masih mengalami gangguan bekalan air seperti Hospital Serdang, IOI City Mall, Bandar Sunway Semenyih dan Cyberjaya.

“Kami akan meninjau semula keadaan pemulihan keseluruhan pada hari yang sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Amin Lin berkata langkah-langkah pemulihan sedang giat dijalankan di kawasan-kawasan tersebut manakala bantuan air kecemasan melalui lori tangki air telah dan sedang dihantar ke kawasan-kawasan terlibat.

“Laporan ujian air terawat Loji Rawatan Air Sungai Semenyih menunjukkan kualiti air terawat mematuhi kesemua parameter yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.

Katanya pengguna boleh mendapatkan status terkini mengenai bekalan air melalui aplikasi telefon bimbit ‘mySYABAS’ atau melayari www.syabas.com.my. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori