Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Video: Ular Sawa Serang...

LAGI kes melibatkan ulat sawa muncul dari lubang tandas di Bangkok, Thailand menyerang...

Terengganu Antara Negeri Terendah...

KUALA TERENGGANU - Terengganu mencatatkan antara negeri terendah membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan...

Ayob Khan Sahkan 15...

Gombak : Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan...

Cerita Orang Gagal ‘Exam’...

TAHNIAH diucapkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya memperolehi kejayaan di dalam Ujian Pencapaian Sekolah...

Gara-Gara Hina Mahkamah, AG Mohon LGE Dijel

KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kini bukan sahaja berdepan dengan kes rasuah dan salah guna kuasa tetapi juga kes hina mahkamah kerana persoal Peguam Negara mendakwanya.

Ini ekoran kenyataan secara terbuka Setiausaha Agung DAP itu menerusi media cetak dan media sosial yang mempersoalkan tindakan Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali berhubung pendakwaan rasuah terhadap dirinya.

Guan Eng antara lain mendakwa kes rasuah dan salah guna kuasa terhadapnya melibatkan skandal banglo ‘harga murah’ dan projek flat kos rendah di George Town konon merupakan konspirasi untuk menyumbatnya ke penjara.

Dakwaan liar tersebut menyebabkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu membenarkan permohonan daripada Peguam Negara untuk memulakan prosiding komital (menghina mahkamah) terhadap Guan Eng.

Dalam saman pemula berkenaan, Apandi memohon Guan Eng untuk dipenjarakan kerana menghina mahkamah dengan mengeluarkan kenyataan menerusi media cetak dan media sosial susulan kes Ketua Menteri negeri itu.

Walhal Guan Eng tahu bahawa kenyataan tidak berasas tersebut sebenarnya akan menggugat proses pentadbiran keadilan dan mengikis keyakinan masyarakat awam terhadap keluhuran sistem kehakiman di Malaysia sendiri.


Hakim Datuk Hanipah Farikullah membenarkan permohonan sebelah pihak oleh Peguam Negara diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Amarjeet Singh di kamar beliau, dalam pengurusan kes saman pemula difailkan 18 Ogos lalu.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebelum ini berdepan dengan kes rasuah melibatkan skandal pembelian banglo bawah harga pasaran dan salah gunakuasa apabila melibatkan kepentingan dirinya sebagai penjawat awam.

Beliau sebelum ini sudah pun dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang beberapa bulan lalu dan kes berprofil tinggi itu sedang menunggu perbicaraan bermula hujung bulan ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori