Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kompleks Wanita, Kanak-Kanak Kajang...

KAJANG - Pembinaan Kompleks Wanita dan Kanak-Kanak, yang merupakan sebahagian daripada projek menaik...

5 Tanda Awal Kemusnahan...

SEDANGKAN lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri... Hubungan mana yang tak berdepan...

VIDEO: Pegawai Polis Ini...

VIDEO memaparkan seorang pegawai polis berpangkat tinggi memberi amaran kepada peminjam wang haram...

Warga Emas Cipta Kerusi...

KISAH cinta sepasang suami isteri warga emas yang tinggal di Luoyang, China mendapat perhatian...

Gempa Bumi Gegarkan Korea Selatan

GEMPA bumi sekuat 5.8 magnitud melanda Gyeongju iaitu di sebuah wilayah utara Gyengsang, Korea Selatan, Isnin lalu.

Kejadian tersebut adalah terburuk sejak 1978 dan berlaku sekurang-kurangnya 22 gegaran susulan yang kecil di beberapa kawasan di Korea Selatan.

The Korea Times melaporkan gegaran tersebut turut di rasai di Seoul, Korea dan di Kyushu, Jepun.

Kerajaan tempatan mengarahkan penduduk yang terlibat untuk berpindah ke kawasan selamat.

Sekurang-kurangnya enam orang cedera termasuk seorang wanita warga emas apabila dihempap televisyen di rumahnya. Turut dilaporkan lebih 30 kes kecil membabitkan kerosakan harta benda.

Menurut Korea Hydro and Nuclear Power, loji reaktor nuklear yang terletak berdekatan dengan Gyeongju beroperasi seperti biasa dan tidak terjejas dengan kejadian itu.

Kemudahan utama pembuatan di Pohang dan Ulsan yang kebanyakannya dimiliki Hyundai Motor, SK dan Industri Hyundai Heavy tidak terjejas akibat insiden itu.


 Gempa Bumi Gegarkan Korea Selatan

Operasi kereta api bawah tanah di Busan turut dihentikan sementara waktu manakala perkhimatan kereta api berkelajuan tinggi Korea Train Express (KTX) dikurangkan kelajuan susulan kerosakan landasan di beberapa kawasan.

Aplikasi komunikasi paling meluas digunakan di negara itu, KakaoTalk, juga sebahagiannya tidak berfungsi kerana trafik yang sesak.

Media negara itu turut menyiarkan visual kawasan yang mengalami gegaran teruk, dengan kaca jendela yang pecah dan barangan yang berselerakan, selain orang ramai yang berlari panik untuk keluar dari bangunan.

Rekod sebelum ini adalah 5.2 magnitud yang berpusat di kawasan perairan di sebelah tenggara negara itu iaitu di Uljin pada tahun 2004. Pada tahun 1978, rekod bacaan yang sama berlaku di kawasan pergunungan Sokri-MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori