Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

KL2017: Myanmar Gah Tempah...

SHAH ALAM – Myanmar menjadi pasukan pertama menempah slot ke separuh akhir acara...

23 Mac Keputusan Permohonan...

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 23 Mac ini...

Flandy, BAM ‘Berpisah’

PETALING JAYA : Giliran jurulatih beregu lelaki kebangsaan, Flandy Limpele meninggalkan Persatuan Badminton...

Aksi ‘Breakdance’ Si Kecil...

Nikos, si comel yang merupakan anak kepada pasangan Dominik Hungr dan Katerina Kufaki...

Geng Mizi Samun Kedai Serbaneka Tumpas

SUNGAI PETANI – Polis berjaya menumpaskan kumpulan samun kedai serbaneka dikenali Geng Mizi berikutan penangkapan enam lelaki termasuk ketua kumpulan itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Mohd. Zukir Md Isa berkata ketua kumpulan itu yang berusia 20-an ditahan di rumahnya di Taman Mutiara di sini pada Ahad lepas (11 September).

Beliau berkata suspek sebelum itu dipercayai terlibat dalam kejadian samun menggunakan parang di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Bandar Sungai Petani pada hari sebelumnya.

“Polis turut berjaya merampas wang tunai berjumlah RM624 dan sejumlah rokok yang dipercayai disamun di kedai berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di sini, hari ini.

Mohd Zukir berkata polis turut menahan lima rakan suspek berusia antara 16 dan 20 tahun di sekitar Bandar Puteri Jaya di sini pada 6 September lepas kerana disyaki terlibat dalam kegiatan samun sejak Ogos lalu di sekitar daerah Kuala Muda.


Beliau berkata hasil samun tersebut digunakan untuk membeli dadah dengan kesemua mereka didapati positif dadah jenis Syabu setelah menjalani ujian air kencing.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun dan Seksyen 395 kanun sama kerana melakukan samun secara berkumpulan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori