Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

4 Lelaki Dipercayai Hilang...

JOHOR BAHRU - Empat lelaki dipercayai sesat di Gunung Panti, Kota Tinggi, petang...

JPJ Cari Pendekatan Baharu...

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mencari pendekatan baharu bagi menangani...

Najib Tiba Untuk Lawatan...

KUALA TERENGGANU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Terengganu...

SPRM Reman 3 Pegawai...

KOTA KINABALU ā€“ Tiga pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini ditahan...

Gigi Melekat Selepas Jalani ‘Rawatan’ Di Motel

TINDAKAN seorang remaja perempuan memasang pendakap gigi akhirnya menemui padah apabila semua giginya melekap antara satu sama lain.

Sementara itu seorang lagi remaja yang melakukan rawatan pergigian di sebuah bilik motel hampir kehilangan beberapa gigi disebabkan tertolak keluar daripada gusi.

Akibat tidak curiga, golongan muda mudah terpedaya dengan perkhidmatan doktor palsu yang melakukan ‘rawatan’ pergigian secara khusus, kata pakar ortodontik, Dr. Manveen Singh.

Katanya beliau telah berhadapan dengan sekurang-kurangnya empat pesakit seperti itu tahun ini.

Berhubung kes gadis yang giginya melekap antara satu sama lain, doktor gigi yang bertugas di Melaka itu berkata, individu yang melakukan kerja-kerja memasang pendakap gigi itu telah meninggalkan bahan komposit yang digunakan untuk melekatkan pendakap kepada gigi.

“Selain itu terdapat makanan yang terperangkap di bawahnya dan dia mengalami penyakit gusi,” katanya dalam satu temu bual telefon.

Dr. Manveen, yang mengamalkan rawatan pergigian selama lebih daripada 10 tahun dan ortodontik lebih daripada enam tahun berkata, beliau mengambil masa lebih satu jam untuk mengeluarkan komposit dari gigi gadis itu.

Beliau telah meminta ibu kepada pesakit berkenaan supaya membuat laporan polis tetapi gadis itu merasakan bahawa mereka turut bersalah kerana pergi mendapatkan rawatan pergigian yang murah.

Pesakit itu hampir kehilangan gigi kerana tidak ada ruang untuk giginya untuk bergerak.

“Gigi-giginya ditolak keluar dan anda boleh melihat sebahagian daripada akarnya dalam gusi.


“Jika dia meneruskan ‘rawatan’ yang dilakukannya, dia akan kehilangan gigi,” katanya.

Beliau berkata, salah seorang daripada rakan-rakan pesakit itu telah membawanya ke motel untuk memasang pendakap gigi.

Dr. Manveen berkata golongan belia mudah terpengaruh dengan rakan-rakan mereka yang mendapat banyak maklumat daripada media sosial.

Beliau berkata, pendakap gigi adalah alat yang digunakan oleh pakar ortodontik bagi menguatkan struktur gigi dan ia mesti dilakukan oleh doktor terlatih.

“Meminta seseorang itu memasang pendakap gigi adalah serius seperti menyuruh doktor membuang apendiks pesakit. Ia bukan sesuatu yang boleh diambil mudah,” katanya.

Dr. Manveen berkata terdapat dua isu membabitkan pendakap gigi.

Pertamanya ialah pendakap palsu yang boleh dibeli dalam talian dan berbahaya kerana sebahagian daripadanya mengandungi plumbum, manakala isu lain adalah pendakap gigi tulen dipasang oleh individu tidak bertauliah. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori