Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pembaca Berita Catat Sejarah...

PEMBACA berita Korea Selatan, Im Hyun Ju, mengubah tradisi di negara berkenaan dengan...

Kedai Alat Ganti Kereta...

KUALA LUMPUR : Sebuah kedai alat ganti kereta di Jalan Kampung Pasir, Taman...

Perkuburan Kristian Di Sabah...

Sebuah kawasan perkuburan Kristian iaitu Tanah Perkuburan Kristian Anglican 1 di Jalan Tuaran,...

Sapu Bersih Undi India:...

SHAH ALAM - Datuk Lokman Noor Adam hari ini “menegur” calon PKR Mohd...

Guru Sekolah Bebas Tuduhan Cabul Murid

KANGAR – Seorang guru sekolah rendah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan mencabul kehormatan seorang murid perempuan berusia 12 tahun, pada Mac tahun lepas.

Majistret Mohd Azhar Hamzah membebaskan Muhammad Akhir Bakar, 51, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal mengemukakan keraguan munasabah di akhir kes pendakwaan.

Mohd Azhar berkata tertuduh dibebaskan tanpa dipanggil membela diri kerana pendakwaan gagal memanggil beberapa saksi penting untuk menyokong keterangan mangsa.

Mahkamah turut mendapati berlaku percanggahan ketara keterangan antara saksi-saksi yang telah dipanggil.

Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap kanak-kanak itu dengan niat hendak mencabul kehormatannya di Bengkel Kemahiran Hidup sekolah rendah tempat dia mengajar di sini, kira-kira 12 tengah hari, 31 Mac 2015.


Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abd Latif manakala tertuduh diwakili peguam Zuhair Ahmad Zakuan dan Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori