Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tun M Jaguh Pusingan...

PEKAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Tun Dr. Mahathir...

MB Perak Minta Najib...

BATU GAJAH - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diingatkan supaya...

MB Negeri Sembilan Selar...

KUALA LUMPUR - Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamad Hasan menyelar usaha...

2,000 Komuniti Fit Malaysia...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,936 Komuniti Fit Malaysia telah dijalankan di 121 daerah...

Hadi Awang Ucap Takziah Kepada Keluarga Haron Din

MARANG – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengucapkan takziah kepada semua anggota keluarga Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din yang meninggal dunia di Amerika Syarikat hari ini.

Beliau berkata Allahyarham Haron adalah di antara generasi awal lulusan Islam yang bersama-sama dengan PAS sejak parti itu ditubuhkan.

“Beliau merupakan generasi awal yang bersama dengan PAS, generasi awal lulusan Islam bersama dengan Profesor Dr. Zulkifli Mohamad dan kumpulan Islam.

“Kita harap semua sumbangan Allahyarham terhadap Islam dapat diterima Allah SWT dan semua kekurangan beliau diampunkan oleh Allah SWT.

“Mudah-mudahan Allah bagi rahmat dan meletakkan rohnya bersama para Anbia, syuhada dan para solehin yang menegakkan Islam,” katanya selepas menyampaikan kuliah mingguan pagi Jumaat di Masjid Rusila di sini.


Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi (waktu Malaysia) di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.

Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori