Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pakatan Tonjol Sifat Hipokrit...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) membuktikan betapa hipokritnya parti itu dan...

Runner Kongsi Kisah Kelakar...

ALAHAI macam-macam kerenah budak sekolah sekarang. Kali ini kisah lucu seorang runner yang...

6 Anggota PPDA Yang...

SHAH ALAM - Enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan...

Perbicaraan Muhammad Sanusi Atas...

Kuala Lumpur : Perbicaraan kes Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md...

Hadiah Anniversary Kahwin Dirampas, Rupanya Klon

KERIANGAN seorang wanita yang menerima kereta baharu daripada suaminya sempena hadiah ulang tahun perkahwinan mereka terbantut apabila mengetahui bahawa kenderaan tersebut sebenarnya adalah klon.

Tambah menyedihkan, kereta model Honda Civic ES terpaksa dirampas oleh pihak berkuasa serta-merta setelah pemeriksaan yang dijalankan mengesahkan identiti haram kereta tersebut.

Menurut suri rumah yang berusia 40-an itu, dia menggunakan kereta itu sejak lima bulan lalu dan tidak tahu-menahu kereta itu adalah kenderaan lupus di Singapura,

Menurut jurucakap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), wanita itu ditahan anggota penguat kuasa ketika operasi Ops Khas semasa dalam perjalanan membawa pulang anaknya dari sekolah berdekatan di Seberang Perai, Pulau Pinang.

“Pemeriksaan mendapati kereta itu masih lagi mengekalkan ciri-ciri spesifikasi asal seperti kenderaan di Singapura menyebabkan ia ditahan.


“Susulan itu, kereta berkenaan disita untuk pemeriksaan lanjut selepas didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu, selain tidak dibenarkan digunakan di atas jalan raya di negara ini,” katanya kepada Harian Metro.

Hasil soal siasat, wanita itu turut mendakwa kereta itu dibeli suaminya untuk dihadiahkan sempena ulang tahun perkahwinan mereka. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori