BAGI menghargai pengorbanan isteri melahirkan zuriat mereka, pelakon Hairul Azreen telah menghadiahkan percutian ke London, United Kingdom buat suri hidupnya itu.
Hairul dan Hanis Zalikha beserta cahaya mata comel mereka, Yusuf Iskandar berlepas ke kota Inggeris itu baru-baru ini bagi menikmati percutian mereka sekeluarga.
Menariknya, Hanis turut dihadiahkan sebuah beg berjenama mewah Chanel oleh suaminya sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-26 pada 9 Oktober ini.
A video posted by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on
Ketika meluangkan masa di sana, Hairul dan Hanis terserempak dengan bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali yang turut sama bercuti di sana pada ketika ini.
Pasangan itu turut berkongsi momen tersebut di laman Instagram yang dibuat khas untuk Yusuf, @theyusufiskandar. – MYNEWSHUB.CC
A video posted by Yusuf Iskandar (@theyusufiskandar) on