Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Banjir : 400 Penduduk...

Kira-kira 400 orang penduduk sekitar Temerloh yang mendiami kawasan berdekatan Sungai Pahang terpaksa...

Ringgit Tidak Berubah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit tidak berubah berbanding dolar US, tanpa hala tuju baharu...

TM Perluas HSBB Di...

JOHOR BAHRU - Telekom Malaysia Bhd (TM) hari ini memeterai perjanjian kerjasama dengan...

Malaysia Berharap Tunisia Beri...

PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia berharap agar pihak berkuasa Tunisia dapat memberi layanan sewajarnya kepada...

Hafiz Suip Tinggal Bersama Mertua, Mahu Isteri Bersedia

PENYANYI Hafiz Suip memberitahu bahawa dia kini masih tinggal bersama-sama keluarga mertuanya di Kuala Lumpur selepas mendirikan rumah tangga pada 23 Mei lalu.

Menurut Hafiz, 26; keputusan untuk tinggal dengan mertua dibuat untuk memberi ruang kepada isterinya agar benar-benar bersedia sebelum mereka tinggal bersama kelak.

“Buat masa ini saya masih tinggal bersama keluarga mertua kerana untuk bagi masa dan ruang kepada isteri agar bersedia sepenuhnya sebelum kami tinggal berasingan.

“Sebelum ini saya rancang untuk tinggal sendiri lepas kahwin. Tetapi isteri saya agak rapat dengan ibunya jadi saya bagi masa untuk tinggal bersama keluarga selama setahun sebelum pindah ke rumah sendiri,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Hafiz, walaupun sering ditanya mengenai zuriat oleh kedua belah keluarga tetapi dia hanya boleh menjawab bahawa belum mempunyai rezeki setakat ini.

“Biasalah sudah kahwin, soalannya bila nak ada anak pula. Ibu bapa saya pun asyik bertanya dan ingin cucu tapi saya jawab, setakat ini belum ada rezeki lagi.


“Insya-Allah, doakan yang terbaik kerana saya memang nak anak cepat,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori