PENYANYI Janet Jackson terpaksa menghabiskan masa di atas katil ekoran kehamilannya pada usia 50 tahun mendatangkan keadaan yang berisiko tinggi terhadapnya.
Menurut sumber, Janet yang mengumumkan berita kehamilan pertamanya pada Mei lalu dinasihatkan oleh doktor berbuat demikian sehingga selamat melahirkan anaknya, sekitar awal tahun depan.
“Kehamilan Janet pada usia 50 tahun mempunyai risiko tinggi dan terdedah kepada pelbagai komplikasi yang boleh mengancam nyawa bayi dalam kandungan.
“Atas sebab itu dia dinasihatkan untuk berehat di atas katil bagi mengurangkan risiko sehingga dia bersalin,” kata sumber.
Janet juga dilaporkan tidak mahu keluar dari rumahnya kerana berat badan yang naik secara mendadak sejak disahkan hamil.
“Dia tidak mahu ada yang melihatnya dalam keadaan yang teruk kerana beratnya mendadak naik ketika hamil,” tambah sumber tersebut.
Kali terakhir Janet tampil di khalayak ramai adalah pada akhir Julai lalu. – MYNEWSHUB.CC