PELAWAK dan pengacara, Harith Iskander bakal berentap dengan 89 calon lain dari seluruh dunia bagi merebut gelaran Funniest Person In The World yang akan diadakan di Helsinki, Finland, Disember ini.
Menerusi akaun Facebook miliknya, Harith berkata, pemilihannya bersama Dr. Jason Leong bagi mewakili negara akan mengangkat lagi martabat komedi Malaysia di peringkat global.
“Saya telah dipilh untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan Funniest People In The World anjuran Laugh Factory.
“Hanya seorang wakil dari setiap negara akan mara ke pusingan akhir.
“Untuk itu saya perlukan like dan share anda semua. Kini sudah tiba masanya komedi Malaysia diangkat di mata dunia,” tulisnya.
Undian peringkat pertama dibuka sejak 1 September lalu dan akan ditutup pada 1 Oktober depan.
Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah USD100,00 (RM400,000) dan berpeluang mengadakan persembahan jelajah di Amerika Syarikat.
Undian boleh dibuat di bit.ly/VoteForHarith. – MYNEWSHUB.CC