Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Tayar Pesawat AirAsia Pecah...

PENUMPANG AirAsia AK12 pagi tadi berhadapan detik cemas apabila dua tayar pesawat itu...

CAP Gesa Perkenal Akta...

Georgetown : Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Akta Halal Haram diperkenalkan bagi...

Kejayaan Pertama Pemindahan Zakar...

Satu pembedahan atau pemindahan zakar  telah dilaporkan berjaya  dilaksanakan ke atas seorang lelaki...

Arab Saudi Pusat Lambakan...

MEI lalu, dalam kunjungan Donald Trump ke Riyadh, Arab Saudi dengan bangga mengumumkan...

Haron Din Koma, Kritikal Di Hospital California

MURSYIDUL Am PAS, Datuk Dr. Haron Din dilaporkan berada dalam kritikal kerana masalah jantung.

Difahamkan, Haron yang kini sedang koma ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Stanford San Francisco, California, Amerika Syarikat.

Berita itu dimaklumkan oleh anak lelakinya, Hamdi Haron menerusi mesej kepada kumpulan pimpinan PAS kira-kira pukul 2.30 pagi tadi.

“Baba dalam keadaan koma, tolong sampaikan pada Tok Guru (Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan pimpinan PAS. Doktor kata sudah tiada harapan lagi.

“Pendarahan teruk, sekarang ‘on life support’, hanya tunggu masa untuk cabut mesin dan biarlah Baba pergi menemui Rabbul Alamin dengan aman,” tulisnya.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Nasaruddin Hassan Tantawi berkata, perkembangan mengenai Tok Guru masih dinantikan.


“Kami juga sedang menunggu berita rasmi daripada keluarga Tok Guru Haron Din,” katanya kepada mStar Online.

Pada tahun 2012, Haron pernah menjalani pembedahan pintasan jantung. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori