Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sistem Akaun Diceroboh, Syarikat...

Johor Bahru : Sebuah syarikat terpaksa menanggung kerugian RM1.9 juta selepas sistem akaunnya...

Negara Kehilangan Ikon Penyiaran...

KUALA LUMPUR - Pemergian pengulas sukan terkenal negara Allahyarham Datuk Hasbullah Awang hari...

Kolej Profesional Mara Bachok...

BACHOK – Kolej Profesional Mara pertama di Kelantan iaitu Kolej Profesional Mara Bachok...

Suspek Culik & Paksa...

SEORANG individu berusia 22 tahun yang dipercayai suspek culik seorang kanak-kanak lelaki berusia 7...

Haron Din Tidak Mahu PAS Dipergunakan Musuh Islam

KUALA LUMPUR – Allahyarham Datuk Dr. Haron Din semasa hayatnya dibenci oleh kelompok politikus liberal pragmatis kerana tegas mempertahankan prinsip Islam.

Pendokong PAS, Dr. Riduan Mohamad Nor berkata, Murysidul AM PAS itu dicaci dan dinista oleh golongan berkenaan tetapi tidak menjadi `kudis buta’ kepada semangat beliau.

“Sebagai Mursyidul Am, beliau mengambil tindakan bersama Majlis Syura dalam menentukan PAS tidak menjadi perkakas politik kepada musuh Islam untuk memanipulasi kekuatan jentera PAS.

“Memutuskan hubungan dengan rakan pemuafakatan politik yang tidak menghormati prinsip Islam mungkin pahit kepada pemimpin Putrajaya, namun itulah rakaman sejarah yang berlaku semasa beliau memimpi Majlis Syura Ulama PAS,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

PAS sejak memutuskan kerjasama politik dengan DAP pada tahun lalu dikecam hebat oleh pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan Harapan.

Antara yang menjadi sasaran kecaman itu termasuk Haron dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Malah, kedua-dua mereka turut diejek sebagai pemakan dedak oleh segelintir ahli dan penyokong Pakatan Harapan di media sosial.

Pakatan Harapan turut dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) yang diwujudkan oleh beberapa bekas pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan parti itu Jun tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori