Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Operasi Restoran Terhad Untuk...

PUTRAJAYA - Restoran dan kedai makan boleh meneruskan operasi mereka ketika Perintah Kawalan...

Agong, Permaisuri Zahirkan Ucapan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja...

21 Pendatang Vietnam Diseludup...

LONDON - Seramai 21 pendatang haram Vietnam dijumpai bersembunyi dalam sebuah trak yang...

Salahkan Bank, Guan Eng...

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng gagal memahami masalah utama yang...

Haron Din Tokoh Islam Berjasa Kepada Negara – PM Najib

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata negara kehilangan seorang tokoh Islam yang banyak berjasa berikutan kematian Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din di Amerika Syarikat, hari ini.

Perdana menteri berkata beliau rapat dengan Allahyarham dan berkongsi keinginan menjadikan Malaysia sebagai negara Islam yang makmur.

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Terima berita sedih Tuan Guru Haron Din telah kembali ke rahmatullah. Kita kehilangan tokoh Islam banyak jasa.

“Saya rapat dengan beliau, kami inginkan Malaysia negara Islam makmur. Moga roh Allahyarham Haron Din dikurnia husnul khotimah dan Al-Jannah. Al-Fatihah,” kata Najib menerusi catatan beliau dalam laman Twitter @NajibRazak hari ini.

Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi (waktu Malaysia) di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.


Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori