PENYANYI kelahiran program realiti Akademi Fantasia musim keempat (AF) Haziq Rosebi selamat menimang cahaya mata sulung, pada hari raya Aidiladha.
Isterinya, Maisarah Mohd. Sidki melahirkan anak lelaki seberat 2.87 kilogram kira-kira pukul 12.49 tengah malam.
Berita gembira itu dikongsi Haziq yang turut meluahkan rasa syukurnya menerusi laman Instagram.
“Welcome to the world my son… Tidak dijangka hendak keluar awal, sepatutnya 23 haribulan ini.
“Tetapi ini perancangan Allah yang tiada siapa tahu.
“Alhamdulillah ngam-ngam (cukup-cukup) raya Aidiladha dia dilahirkan pada pukul 12.49 AM tadi.
“Mukanya ikut ibunya buat masa ini, syukur kepada Allah atas anugerah tidak ternilai ini,” katanya.
Dalam pada itu, Haziq memberitahu, dia masih belum memberikan nama yang sesuai untuk anaknya kerana mahu nama itu berkait dengan hari raya Aidiladha.
“Nama kena diperbetulkan kembali sebab alang-alang Hari Raya Aidiladha nama kena ada berkait sikit,” katanya.
Pasangan ini diijab kabulkan September tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC