Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

VIDEO SEKS: UAI Tak...

KUALA TERENGGANU - Tiada laporan polis akan dibuat oleh pendakwah dan penceramah terkenal,...

Korea Utara Berhak Halau...

KUALA LUMPUR - Korea Utara pun berhak untuk menghalau Duta Malaysia dan mengisytiharkannya...

Jawatankuasa Fatwa Pahang Haramkan...

JERANTUT - Jawatankuasa Fatwa Pahang membuat ketetapan bahawa penggunaan rokok elektrik ataupun vape...

Kalau Harga Minyak Dunia...

Langkah drastik kerajaan mengapungkan harga bahan bakar RON95 dan Diesel yang diumumkan beberapa...

Hina OKU, NGO Bantah Tayangan Filem ‘Pekak’

PERTUBUHAN bukan kerajaan (NGO) Hear Me membantah tayangan filem arahan Mohd. Khairul Azri Md. Noor, iaitu Pekak yang sudah mula ditayangkan sejak 1 September lalu.

Presiden pertubuhan tersebut, Norziba Fazlina Abdul Ghani juga mendesak agar sutradara itu memohon maaf secara terbuka kerana dianggap telah memalukan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Pekak telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pelbagai pihak termasuk ahli persatuan kami dan kebanyakannya mempunyai anak yang berdepan dengan masalah pendengaran.

“Sangat tidak sesuai untuk menayangkan filem yang dipenuhi dengan adegan yang tidak bermoral seperti dadah, mencuri, pergaulan bebas seperti merendahkan maruah OKU,” katanya kepada mStar Online.

Menurut Norziba, kehidupan sebenar OKU pendengaran adalah jauh berbeza dengan apa yang ditunjukkan dalam filem tersebut dan telah mengganggu emosi mereka yang berada dalam keadaan serba kekurangan.

“Kehidupan sebagai  OKU pendengaran sememangnya penuh dengan cabaran. Mereka perlu berhadapan dengan  masyarakat Malaysia yang masih lagi kurang pendedahan terhadap keadaan dan situasi mereka.


“Tidak perlulah pihak penerbitan filem menyumbang untuk menambahkan lagi masalah kepada mereka,” katanya.

Tambahnya lagi, jalan cerita filem itu juga tidak membantu untuk memberi kesedaran dan tidak meningkatkan pengetahuan kepada pononon tentang isu masalah pendengaran. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori