Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Iran Larang Penggunaan Media...

KEPUTUSAN drastik telah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Iran dengan mengharamkan penggunaan rangkaian media...

Gaya Eksklusif Butang Baju...

KAJANG - Sudah banyak tempat pasangan ini pergi. Dari satu bangunan ke bangunan...

Portfolio Exco Perak Dijangka...

IPOH - Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu dijangka mengumumkan portfolio 10 anggota...

PAS Dedah Rancangan Kepung...

KUALA LUMPUR - PAS mendedahkan tentang rancangan aktivis Pakatan Harapan, Hishamuddin Md. Rais...

Gaji Tak Cukup? Ini 4 Cara Buat Duit Online

Anda sudah lama ingin membuat duit atau pendapatan tambahan melalui internet ? Jangan risau, artikel ini tidak mempromosi sebarang scam ataupun aktiviti yang tidak mematuhi undang-undang.

Dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, ini mungkin cara terbaik untuk anda menambah duit poket (dengan kos sangat minima).

Mungkin juga cara paling sesuai bagi anda yang tidak sukakan perniagaan konvensional ataupun MLM yang memerlukan anda berkomunikasi sesama manusia.

1. Blog

blogger-buat-duit

Jika anda sudah mempunyai blog, ada cara mudah untuk membuat duit melaluinya.

Terdapat banyak syarikat pengiklanan digital yang menawarkan program sebegini. Anda dibayar apabila ada orang klik kepada iklan mereka. Lebih banyak klik, lebih banyak keuntungan yang diterima.

Bagaimana caranya?

  • Anda memerlukan blog. Pilih topik yang anda gemari dan paling penting yang orang suka baca seperti teknologi, fesyen, resepi dan sebagainya.
  • Daftar di website yang menawarkan program pengiklanan seperti Nuffnang dan Google Adsense (bayaran dalam USD). TERKINI : Facebook juga telah menawarkan peluang pengiklanan kepada blogger-blogger. Baca lebih lanjut di sini
  • Letakkan kod iklan di blog

Jika blog anda mempunyai pelawat yang tinggi, akan muncul peluang di mana syarikat-syarikat tempatan atau luar negara yang ingin meletakkan iklan mereka di blog anda.

Pastikan anda menggunakan aplikasi Google Analytics untuk memantau trafik blog anda dengn lebih efisien.

 

2. YouTube

Jika anda sudah mempunyai mempunyai akaun Google Adsense tadi, iklan tersebut boleh juga diletakkan di akaun YouTube anda.

Jadi daripada membuang masa menonton video-video di YouTube, lebih baik anda hasilkan video-video yang orang suka dan jana pendapatan mudah darinya. (Jangan curi video orang lain pula!)

 

3. Affiliate

affiliate-lazada-malaysia

Affiliate ialah seseorang individu yang memperolehi komisyen bagi setiap jualan yang berlaku hasil dari aktiviti mereka mempromosikan sesuatu produk kepada orang ramai. Bahasa mudahnya, affiliate adalah seperti agen jualan.


Bagaimana caranya?

  • Anda memerlukan blog jika ingin terlibat dalam dunia affiliate kerana kebiasaannya anda perlu memasang iklan berbentuk banner untuk menarik perhatian pembaca blog anda untuk klik.
  • Daftar di website yang menawarkan program affiliate
  • Letakkan kod affilate di blog

Jika terdapat barang yang terjual, maka anda layak untuk menerima komisen.Tahukah anda, syarikat gergasi seperti Zalora juga mempunyai program affiliate untuk produk yang terdapat di laman web mereka? Namun pemberi komisen terbesar buat masa ini adalah dari Klikjer.com

Zalora (komisen 5-12%)
https://www.zalora.com.my/partner/

Lazada (komisen 6 – 10%)
http://www.lazada.com.my/lazada-affiliate-program/

Klikjer.com (komisen 70%)
http://klikjer.com/

Exabytes (komisen RM5 – RM388)
http://www.exabytes.com.my/partners/angel/

4. Dropship

kredit gambar : http://amirul.my
kredit gambar : http://amirul.my

Sama juga seperti affiliate, dropship pula lebih sesuai jika anda ingin menjadi pengedar sesuatu produk kerana anda perlu proses marketing (memujuk bakal pelanggan) sehinggalah mereka bersetuju untuk membeli.

Konsep ini tidak perlu mengeluarkan modal kerana stok diuruskan oleh tuan punya produk.

Anda hanya perlu berusaha mendapatkan pelanggan untuk membeli dan menyerahkan pesanan tersebut kepada tuan punya produk.

Bagaimana caranya?

  • Anda memerlukan akaun sosial media seperti Facebook & Instagram sebagai permulaan.
  • Anda perlu menghubungi syarikat pengeluar produk-produk (menerusi Facebook/Instagram mereka) yang menawarkan usahasama dropship

Dropship telah popular sejak 4-5 tahun kebelakangan ini sejak industri produk-produk kesihatan seperti pencerah muka, ubat kurus, ubat jerawat dan banyak lagi tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Jika produk sudah popular dan terkenal adalah lebih mudah untuk dijual.

Semoga 3 cara di atas dapat membantu anda menambah baik ekonomi diri sendiri & keluarga.

 

Jack Aaron
Penulis merupakan Chief Rockstar di Extra Media Network,
Pakar Pemasaran Facebook

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori