Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

5 Sebab Berita Palsu...

BERITA palsu yang ringkas, mudah dibaca, memenuhi nafsu dan sentimen pembaca, cepat menjentik...

6,577 Penerima BR1M Buat...

KUALA LUMPUR - Seramai 6,577 penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun 2012,...

Mahathir Layak Digelar Bapa...

LAYAK... Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyifatkan Pengerusi Parti Pribumi...

Rakyat Thailand Paling Ramai...

KANGAR - Rakyat Thailand merupakan golongan paling ramai memeluk Islam menerusi Pertubuhan Kebajikan...

Ibadah Korban Didik Umat Islam Patuh Agama, Bersyukur

KUALA LUMPUR – Ibadah korban mendidik umat Islam menjadi hamba yang patuh kepada agama dan bersyukur atas nikmat yang diberikan.

Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad berkata ibadah itu membolehkan umat Islam berkongsi rezeki dengan golongan yang kurang berkemampuan termasuk fakir dan miskin.

“Diharapkan program yang kita jayakan pada hari ini dapat membuahkan hasil yang baik, ibadah korban mendidik kita menjadi hamba yang patuh kepada agama, bersyukur atas nikmat yang diberikan.

“Kita juga berharap hubungan dan kerjasama terjalin di antara masyarakat dan juga pelbagai agensi,” katanya ketika berucap merasmikan Program Ibadah Korban Masjid Negara 2016 dengan kerjasama Al Rajhi Bank, di perkarangan Masjid Negara, di sini, hari ini.


Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Penolong Pengarah Masjid Negara Ustaz Amru Alhaz Adnan.

Pada majlis itu, sebanyak 15 ekor lembu dan tujuh ekor kambing korban disumbangkan oleh pelbagai sektor dan individu sempena sambutan Aidiladha, termasuk daripada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dan Al Rajhi Bank. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori